اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, March 8, 2015

Mampukah demonstrasi jalan raya gulingkan perdana menteri? Amin Iskandar.



Di negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, demonstrasi jalan raya pernah menggulingkan presiden dan perdana menteri, termasuk juga kediktatoran.

Di Malaysia kita masih belum ada sejarah seperti ini walaupun mempunyai sejarah demonstrasi jalan raya termasuk sebelum negara merdeka.

Semalam ribuan manusia membanjiri jalan raya di Kuala Lumpur berdemonstrasi menuntut pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan lima tahun di atas dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Walaupun pihak polis mengumumkan perhimpunan semalam sebagai haram, pihak penganjur tetap meneruskannya dan jumlah kehadiran agak besar.

Slogan “bebas Anwar” dilaungkan dan “undur Najib”, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut bergema. Hadirin berbilang kaum dan disedari kali ini kurangnya kehadiran daripada parti Islam PAS.

Mungkin kerana tiadanya arahan rasmi dan keretakan hubungan di antara parti Pakatan Rakyat (PR). Berbanding 17 tahun lalu, pihak keselamatan kini tidak lagi bertindak keras.

Polis malahan membantu untuk melancarkan lagi perhimpunan dan membantu aliran lalu lintas. Polis mungkin sudah banyak belajar daripada kesilapan lalu kerana demonstrasi aman sering kali bertukar ganas apabila tindakan terlalu tegas.

Berbanding ketika pertama kali Anwar dipenjarakan selepas dipecat daripada kerajaan pada 1998, perhimpunan kali ini tiada lagi gas pemedih mata, tiada lagi yang dipukul. Jika dibandingkan dengan era reformasi, demonstrasi yang dianjurkan kini lebih tersusun.

Selain pasukan pemantau daripada Majlis Peguam, terdapat juga pasukan perubatan turut disediakan. Perhimpunan semalam berakhir dengan aman selepas perarakan dari kompleks membeli-belah Sogo dan berakhir di kompleks membeli-belah Suria KLCC.

Jika lebih banyak demonstrasi seperti semalam dan kumpulan anti kerajaan lebih bersatu, lebih ramai yang akan turun ke jalan raya pada masa akan datang.

Di zaman media sosial seperti sekarang ini, dengan sekelip mata berita mengenai demonstrasi semalam tersebar ke seluruh negara dan sedikit sebanyak akan memberikan keberanian kepada yang tidak hadir untuk bersama pada masa akan datang.

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April ini jika benar-benar memberikan kesan besar terhadap kehidupan majoriti rakyat bawahan, lebih ramai yang akan turun berdemonstrasi pada masa akan datang. Ini lebih merbahaya kerana ianya bersangkutan dengan kehidupan seharian berbanding isu-isu politik dan demokrasi.

Kesusahan hidup akhirnya boleh mengubah seseorang manusia itu. Seseorang yang penakut akhirnya boleh jadi berani.

Bergantung kepada bagaimana kerajaan menguruskan keadaan ekonomi negara. Jika masalah peningkatan kos kehidupan terus dipandang ringan dan pengangguran dibiarkan, bahaya besar akan melanda.

Mungkin juga pada ketika itu demonstrasi di Malaysia mampu menjatuhkan pemimpin. Kerana jika dilihat mengapa pemimpin-pemimpin berjaya digulingkan di negara-negara jiran melalui demonstrasi, kesusahan hidup merupakan kunci utamanya.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
 

No comments:

Post a Comment