اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, March 6, 2015

Blogger pro-Umno mungkin muflis gagal bayar ganti rugi AirAsia OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia berkata ia akan meneruskan tindakan memfailkan prosiding kebankrapan terhadap seorang blogger kerana gagal membayar RM5 juta selepas memenangi kes saman.

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia berkata ia akan meneruskan tindakan memfailkan prosiding kebankrapan terhadap seorang blogger kerana gagal membayar RM5 juta selepas memenangi kes saman

Blogger pro-Umno Salahuddin Hisham mungkin diisytihar muflis jika gagal membayar ganti rugi kepada syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd, yang memperolehi penghakiman terhadapnya dalam satu kes saman fitnah.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, ia meneruskan tindakan memfailkan prosiding kebankrapan terhadap Salahuddin kerana gagal membayar RM5 juta bagi ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur September lalu memberikan jumlah tersebut kepada AirAsia selepas Salahuddin didapati bersalah atas tindakannya.

AirAsia juga memperoleh injunksi terhadap penulis blog itu supaya tidak mengulangi perkataan fitnah tersebut.

Bagaimanapun, butiran saman tersebut masih belum diperolehi.

Pada awal Januari, seorang lagi blogger Amizudin Ahmat, diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana tindakan menghina melalui penerbitan artikel berunsur fitnah terhadap bekas menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Amizudin, 44, dipenjara kerana gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan bagi merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu, yang mendapatinya bersalah melakukan penghinaan.

Rais pada 2011 memperoleh perintah injunksi terhadap penerbitan artikel di blog Amizudin tetapi ia tidak dipatuhi.

Mahkamah Tinggi pada 2012 memutuskan Amizudin bersalah menghina mahkamah kerana melanggar perintah tersebut. – 5 Mac, 2015.

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.
 

No comments:

Post a Comment