اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, January 19, 2015

Zahid tak wajar tulis surat kepada FBI kata Rahim Noor


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor mengatakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengenai Paul Phua Wei Seng memandangkan permohonan hanya dibuat firma guaman tauke judi itu, Chesnoff & Schonfeld.

Menurut Rahim, tindakan menteri dalam negeri itu mendedahkan kerjasama Phua dengan kerajaan juga boleh menimbulkan salah sangka dan pelbagai tanda tanya dalam kalangan masyarakat, lapor akhbar tersebut.


“Adalah lebih baik jika tidak babitkan menteri. Malah surat itu tidak perlu dijawab oleh mana-mana pegawai kerajaan atau pihak polis,” kata Rahim seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

 “Surat itu lebih sesuai dijawab oleh peguam yang tidak semestinya mewakili menteri kerana ia merupakan permintaan peguam yang mewakili Paul Phua saja,” katanya.

Rahim turut berkata, Zahid juga tidak seharusnya memberitahu pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) tentang penglibatan tauke judi itu dalam keselamatan negara sama ada ditanya oleh pihak berkuasa AS atau tidak.

“Isi kandungan surat itu perlu menumpukan kepada permintaan utama, iaitu memberi penjelasan mengenai kewujudan kumpulan kongsi gelap 14K Triad dan sama ada Paul Phua terlibat dalam kumpulan kongsi gelap itu.

“Namun, jika ditanya mengenai kerjasama Paul Phua dalam soal keselamatan, soalan itu tidak perlu dijawab kerana bukan urusan AS. Apatah lagi jika tidak ditanya, tiada keperluan untuk Ahmad Zahid dedahkannya,” katanya seperti dilaporkan akhbar berbahasa Melayu itu.

Salinan surat Zahid kepada FBI dan rencana mengenainya pada mulanya didedahkan akhbar South China Morning Post (SCMP). SCMP juga menyiarkan kandungan surat itu, di mana Zahid mengatakan Paul bukan ahli kongsi gelap 14K di Malaysia.

Surat yang ditujukan kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano itu mendakwa Paul membantu Putrajaya dalam projek yang berkaitan dengan keselamatan negara.

Rahim berkata, polis mempunyai pelbagai taktik untuk mendapatkan maklumat mengenai kegiatan jenayah termasuk meminta bantuan daripada individu tertentu dan tidak boleh didedahkan kepada umum demi menjaga keselamatan individu yang memberi kerjasama tersebut.

“Kita (polis) gunakan cara tersendiri untuk ‘menyusup masuk’ dalam pergerakan kumpulan penjenayah. Namun, apa cara yang digunakan mestilah dirahsiakan.

“Identiti sumber juga perlu dilindungi agar tidak membahayakan nyawa mereka. Dalam kes Paul Phua, jika benar kerajaan ada guna khidmatnya, kita perlu tutup mulut kerana ini rahsia besar,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar menjelaskan, mendapatkan kerjasama penjenayah untuk mengatasi ancaman jenayah yang lebih berat sememangnya wujud dalam prinsip pasukan keselamatan di mana-mana negara, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, pihak berkuasa kebiasaannya akan mempertimbangkan pendekatan lain terlebih dahulu.

“Apabila pihak berkuasa berhadapan dilema sama ada patut atau tidak mendapatkan bantuan seorang penjenayah, misalnya raja judi, untuk selesaikan masalah jenayah lain atau masalah keselamatan negara, mereka akan pilih pendekatan yang akan membantu negara.

“Memang terdapat prinsip set a thief to catch a thief (gunakan pencuri untuk tangkap pencuri) dalam kepolisian. Begitu juga dalam bidang keselamatan negara, kita biasa mendapatkan kerjasama penjenayah untuk menghancurkan ancaman yang lebih berat,” katanya.

Menurut Sinar Harian, ketika ditanya sama ada keistimewaan diberikan kepada pemberi maklumat pihak berkuasa sesebuah negara jika mereka ditangkap di negara lain, Hanif berkata, perkara itu memang berlaku.

“Pihak berkuasa (negara tersebut) akan merujuk kepada Peguam Negara yang mungkin akan bawa perkara itu kepada menteri luar dan Kabinet. Jika mereka yakin pihak berkuasa negara lain itu mengharapkan pertimbangan istimewa, mereka akan menimbangkannya daripada segi kepentingan negara.

“Mereka boleh melepaskan pemberi maklumat itu daripada tuduhan yang sepatutnya atau meringankan tuduhan. Apa yang penting keselamatan negara menjadi keutamaan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment