اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, January 14, 2015

Najib Tidak Nyenyak Tidur Dengan Pendedahan Bekas Menteri Ini

 

Walaupun diserang media dikawal Umno, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin percaya Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan merendahkan martabat mereka dengan mendedahkan maklumat "menyelerakan" tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengakui terdapat "perang saraf" di antara penyokong Najib yang mengawal media arus perdana terhadap pengkritik termasuk kedua-dua bekas pemimpin negara itu, Zainuddin berkata beliau sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.
 


"Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam perang saraf mejangkakan serangan peribadi  TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, pastinya umum akan merujuknya sebagai arahan serta mendapat keizinan daripada Perdana Menteri  Datuk Seri Najib," tulis Zainuddin di blognya zamkata.blogspot.com hari ini.

"Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang (Dr) Mahathir tetapi  saya berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Daim kerana menyokong pandangan Kadir dalam posting terbarunya yang melihat kecaman terhadap Daim  akan menikam balik Najib  dan menghakiskan lagi kewibawaannya," kata Zainuddin merujuk kepada tulisan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin semalam.

Selari dengan pandangan Kadir, Zainuddin berkata tindakan menyerang Daim menggunakan media dikawal Umno bukanlah permainan politik yang bijak.

‎"Maka saya nampak ini bukanlah suatu  permaianan politik atau perang saraf yang bijaksana tetapi permainan politik kotor, tidak beretika, tidak profesional dan sangat rendah caranya serta kualiti yang tidak sepatutnya datang daripada Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Semalam, Kadir turut menyatakan pandangan sama dengan Zainuddin apabila memberi amaran kepada Media Prima Bhd yang dikawal Umno supaya berhenti menghentam Daim kerana ia boleh "menikam balik" Najib.

"Mungkin dakyah murahan mengenai para pengkritik Najib boleh merosakkan imej mereka, tetapi mereka bukan PM dan tidak berkedudukan politik.

“Tetapi cerita-cerita yang ‘menyelerakan’ mengenai Najib, kalau ada, boleh menjatuhkan beliau. Setidak-tidaknya pun beliau tidak nyenyak tidur malam yang lebih teruk daripada gangguan bunyi motosikal pelumba haram seperti isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, ceritakan baru-baru ini," tulis Kadir dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin, semalam.

Zainuddin berkata, meskipun Najib mempunyai hak untuk menjawab kritikan terhadap pemerintahannya namun ia tidak seharusnya dilakukan dengan cara seolah-olah mahu berperang dengan Dain dan Dr Mahathir.

Kritikan terhadap Najib, terutama cara beliau mengendalikan isu hubungan kaum dan agama dan ekonomi, semakin bercambah bukan sahaja daripada pemimpin pembangkang, tetapi kini termasuk Daim, Dr Mahathir dan blogger pro Umno yang pernah menyokongnya menjadi perdana menteri selepas BN kehilangan majoriti tradisi di Parlimen serta beberapa negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kegembiraan terhadap Najib mengambil alih tugas yang pernah disandang allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein menjadi pudar selepas BN kalah lebih teruk dalam PRU 2013 walaupun Umno menambah kerusinya.

Pengkritik dalam Umno berkata, tindakan Najib menggunakan bantuan tunai dan "mengikut kata" kaum lain, tidak akan memberi lebih undi atau kerusi kepada BN.
 
 
Addin

No comments:

Post a Comment