اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, January 8, 2015

Kronologi Lengkap Isu Paul Phua Raja Judi - Siapa Kantoi Menipu : Zahid, PDRM, Shafee, China Atau FBI?

  
Pelan-pelan baca ye semua. Ini adalah huraian lengkap berdasarkan kepada maklumat2 yang aku kumpulkan bagi kes Zahid Hamidi kantoi menulis surat membela raja judi.
 

Dan ini adalah kronologinya.

First episode kat sini

Ini adalah babak permulaan di mana Fahmi Fadzil, pengarah komunikasi KEADILAN menulis surat terbuka kepada Zahid Hamidi agar menjawab 3 soalan berkenaan surat Zahid Hamidi kepada FBI bagi membela raja judi yang juga dikatakan sebagai ahli kongsi gelap 14K. 

Raja judi itu bernama Paul Phua Wei Seng. Apa yang menjadikan kes neh menarik perhatian selain Zahid Hamidi menulis surat secara sulit kepada FBI, Zahid juga meminta FBI agar membenarkan Paul Phua pulang ke Malaysia di samping menafikan kewujudan kumpulan kongsi gelap yang bernama 14K di Malaysia. Antara yang terkandung dalam surat tersebut ialah Paul Phua terlibat dalam projek2 berkaitan keselamatan negara.

Zahid Hamidi kantoi apabila South China Morning Post mendedahkan kandungan surat tersebut menerusi laporan pemberitaan mereka. China pernah menahan Paul Phua kerana terlibat dalam kegiatan perjudian atas talian dan seterusnya mengusir Paul Phua keluar dari Macau kerana itulah perkara ini mendapat perhatian media tempatan mereka. Paul Phua dan anaknya kini disiasat oleh FBI kerana terlibat dalam aktiviti perjudian haram. Mereka berada dalam tahanan rumah.

Oke. Dan episode kedua disini.

Zahid tak jawab sebaliknya Shafee yang tampil menjawab soalan terbuka itu. Siapa dia? Peguam pro UMNO. Yang bela Saiful dalam isu liwat. Juga pemilik firma guaman Chesnoff & Schonfeld. Menurut peguam pro UMNO itu, firma guamannya dilantik oleh Paul Phua bagi menguruskan kesnya di USA. 

Dan Zahid Hamidi tidak membela raja judi tersebut. Sebaliknya apa yang berlaku ialah peguam Paul Phua menulis surat kepada Zahid Hamidi dan surat Zahid Hamidi yang tersebar itu merupakan respon kepada apa yang diminta oleh peguam Paul Phua iaitu membantu berkongsi maklumat secara langsung dengan FBI. Dalam pada itu Shafee sekali lagi menegaskan bahawa apa yang ditulis oleh Zahid di dalam surat tersebut adalah fakta dan sememangnya kumpulan kongsi gelap 14k memang tidak pernah wujud di Malaysia. Ini sekaligus memberikan gambaran bahawa memang benar Zahid telah menulis surat kepada FBI bagi membincangkan perihal Paul Phua. Selain itu Shafee juga mengatakan bahawa Zahid berada di kedudukan yang terbaik untuk tampil membantu siasatan FBI ke atas Paul Phua disebabkan jawatannya

Maksudnya kat sini macam neh.

- Paul Phua melantik firma guaman pro UMNO = Chesnoff & Schonfeld bagi membebaskan dia dari pendakwaan oleh FBI di USA.

- Peguam kepada Paul menulis surat kepada Zahid agar membantu siasatan FBI ke atas Paul.

- Dan Zahid kemudiannya menulis surat kepada FBI yang mengandungi beberapa point iaitu ;

1. Kumpulan kongsi gelap itu tidak wujud langsung di Malaysia.
2. Paul Phua terlibat dalam projek2 berkaitan keselamatan negara.
3. Paul Phua perlu dibenarkan pulang ke Malaysia (seperti yang dilaporkan oleh Fahmi Fadzil).

Sekarang faham tak apa yang aku maksudkan? Oke. Nampak tak? Firma guaman yang menulis surat kepada Zahid Hamidi meminta bantuan agar Zahid Hamidi menulis surat kepada FBI untuk membantu siasatan.

Pertama. Paul Phua terbukti melakukan kerja2 yang menyalahi undang2 di negara tempat dia didakwa. Bukan sekali tetapi dah kantoi dua kali.

Kedua. Apa dan bagaimana Paul Phua boleh dikatakan terlibat dalam projek2 berkaitan keselamatan negara? (macam perisik atau sumber maklumat).

Ketiga. Bukan kah tindakan Zahid itu boleh dianggap berkepentingan melakukan sesuatu bagi membebaskan penjenayah yang sedang disiasat dengan menyalahgunakan kedudukan dia? Merujuk kepada tindakan Zahid yang meminta FBI membenarkan Paul Phua pulang ke Malaysia.

Dan. Ini adalah sambungannya.

Kat sini. Baca respon susulan dari PDRM dan Shafee Abdullah.

Point KPN kat sini ialah ;

- Kumpulan kongsi gelap 14k wujud cuma dia tak wujud di Malaysia. Kumpulan itu wujud di Hong Kong dan KPN tidak menafikan ada di kalangan rakyat Malaysia menganggotai kumpulan kongsi gelap tersebut.

- KPN enggan mengulas tentang penglibatan Paul Phua dengan kumpulan kongsi gelap tersebut.

- Dan Shafee Abdullah juga mengatakan bahawa tindakan Zahid Hamidi menulis surat itu adalah betul. Jika sekalipun Zahid enggan menulis surat tersebut, pihaknya boleh mendapatkan maklumat berkaitan menerusi saluran mahkamah.

- Tindakan segelintir pihak yang mensensasikan kandungan surat tersebut adalah tidak wajar.

Jap. Jap. Jap. Aku rasa Shafee neh miss the point. Point dia bukan la merujuk kepada Zahid tulis surat atau tidak. Pointnya ialah isi kandungan surat tersebut.

- Apa sebab Zahid meminta Paul Phua dibenarkan pulang ke Malaysia?

- Apakah benar Paul Phua membantu kerajaan Malaysia dalam aspek keselamatan negara?

Itu yang orang pertikaikan. Hadoi.
 
Dan sebelum itu disini, sumber polis mengesahkan bahawa Ketua Polis Negara, Khalid dan PDRM tidak tahu menahu langsung tentang surat yang ditulis oleh Zahid Hamidi kepada FBI berkenaan Paul Phua.

Dan tahu kenapa POINT di atas ini sangat PENTING?

Sebab apa yang dilaporkan kat bawah neh. Baca ;


Rujukan penuh disini.

- Pada tahun 2008, maklumat PDRM yang diterima FBI mengatakan bahawa 14K ialah kumpulan kongsi gelap tempatan. Mereka terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah termasuklah penggubalan wang haram dan kegiatan perjudian haram.

- Dalam laporan itu PDRM turut mengesahkan bahawa Paul ialah ahli kumpulan tersebut.

- Menurut siasatan Shafee dengan pegawai polis berpangkat tinggi, laporan pada tahun 2008 yang menjadi rujukan FBI itu adalah salah dan tidak tepat.

- Kumpulan kongsi gelap 14K itu langsung tidak wujud di Malaysia meskipun pada zaman Ghee Hin & Hai San.

Shafee juga mengatakan buat apa nak percaya kata2 pegawai polis berpangkat rendah. Khalid (IGP) dah menafikan kewujudan kumpulan kongsi gelap 14K. Rujuk sini.

Nampak tak apa yang aku nampak kat sini?

1. Pada tahun 2008, siapa yang siasat kes tersebut? Siapa yang sediakan maklumat berkaitan kumpulan kongsi gelap tersebut dan penglibatan Paul dengan aktiviti kumpulan tersebut? Adakah PDRM sudah double check bagi memastikan maklumat yang diterima oleh FBI berdasarkan laporan siasatan 2008 ialah maklumat yang tidak tepat? Siapa yang perlu bertanggungjawab dan apakah ada impak negatif di atas hasil siasatan yang salah itu kepada mana2 pihak secara langsung mahupun tidak langsung?

2. Bagaimana kita sebagai rakyat boleh menjamin penafian Khalid ialah benar apabila maklumat yang FBI terima tentang 14K pun sebenarnya maklumat siasatan yang salah?

3. Jika maklumat tahun 2008 salah, ia adalah kesalahan polis. Maka, apa tindakan susulan polis bagi membetulkan keadaan. Kenapa bukan PDRM dan FBI sendiri berunding secara langsung membetulkan kekeliruan tersebut dan kenapa surat yang dihantar oleh Zahid Hamidi perlu melalui laluan rahsia dan sulit? Kenapa bukan mengikut protokol rasmi?

4. Jika siasatan polis pada tahun 2008 ialah salah apakah jaminan polis tidak melakukan kesalahan dalam siasatan kes yang lain?

5. Apakah jaminan siasatan polis berkaitan kongsi gelap 14K adalah tepat pula bagi tahun 2015?

Faham.

Apabila Shafee mengatakan siasatan polis itu salah, ia tidak berhenti disitu.

Kita sebagai rakyat akan berfikir berapa banyak lagi siasatan yang salah pernah dilakukan oleh polis dan siapa yang pernah menjadi mangsa akibat penyiasatan yang tidak tepat itu. Kenyataan Shafee mencalarkan imej PDRM.

Dan kini tah profesor mana2 tah tiba2 muncul membela KDN. Maksudnya bela Zahid Hamidi indirectly la tue. Baca sini.

Sekarang aku cuma nak cari popcorn. Aku nak makan. Sambil perhatikan wayang2 yang sedang dimainkan. Seseorang, sesuatu agensi dan sesuatu firma sedang giat merangka strategi demi strategi bagi memperbodohkan rakyat jelata.

Aku tak kata aku mesti percaya kepada kredibliti FBI.

Aku juga tak kata aku akan telan bulat2 seperti apa yang dilaporkan oleh akhbar China. 

Aku cuma nak bagitau penjelasan, penafian dan keterangan dari PDRM, Shafee dan diamnya Zahid sebenarnya menimbulkan lebih banyak keraguan berbanding menjelaskan kekeliruan yang wujud.

Bai.

No comments:

Post a Comment