اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, January 30, 2015

Akta digubal sepatutnya lebih baik daripada sebelumnya



ArtikelSyukur alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan umur untuk terus menjalani kehidupan di dunia sehingga ke hari ini, sekali gus memberikan peluang kepada kita untuk melipatgandakan lagi amal soleh sebagai bekalan hidup di akhirat nanti. 25 Januari lalu, kita telah dihidangkan dengan satu kenyataan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Seri Rohani Abdul Karim berhubung dengan isu merotan anak.


Dalam kenyataannya itu, Rohani mengaitkan hukuman rotan dengan peruntukan undangundang Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), dengan pe negasan bahawa tindakan merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah di negara ini jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan diluluskan.

Selain itu, Rohani turut menyatakan bahawa merotan hanyalah sebahagian budaya masyarakat kita (Malaysia atau Asia).
Kenyataan itu membawa maksud bahawa merotan bukanlah satu tindakan baik yang wajar diteruskan di negara ini, malah menjadi satu kesalahan di peringkat antarabangsa khususnya di beberapa buah negara di dunia ini.

Kenyataan Rohani itu sememangnya mengejutkan banyak pihak. Apakah kenyataan itu tepat dengan ajaran Islam dan realiti masyarakat kita? Sedangkan merotan itu sendiri sebenarnya adalah suatu tindakan berteraskan Islam jika dilaksanakan menurut syariat, termasuk dalam konteks tarbiatul awlad (pendidikan kanak-kanak dalam Islam).

Walaupun kita menentang keras penderaan dan keganasan, tetapi adakah mengenakan hukuman merotan paling minimum sama ada di tapak kaki atau di bahagian badan yang lain yang tidak mencederakan tubuh badan kanak-kanak patut diharamkan? Sekiranya tindakan paling minima seperti itu untuk tujuan mendidik juga diharamkan, akta baharu yang akan digubal nanti pasti menjadi hanya sekadar mencetak budaya hidup masyarakat Barat yang membina rangka kerja mereka menerusi CRC, sehingga mengakibatkan semakin hari semakin menambahkan lagi kerosakan dalam masyarakat mereka sendiri ekoran peningkatan pelbagai kes gelaja sosial yang gagal ditangani dengan baik.

Sebelum ini pelbagai pihak di Malaysia telah mengkritik tindakan Mahkamah Sweden yang mengenakan hukuman penjara kepada pasangan suami isteri dari Malaysia yang didakwa merotan anak mereka kerana keengganan menunaikan solat. Kini, adakah Malaysia juga akan turut mencontohi undang-undang di Sweden itu?

Peruntukan Akta sedia ada seperti yang terkandung di dalam Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak- Kanak 2001 telah secara tersirat merangkumi perbuatan (merotan), iaitu satu perbuatan yang berbentuk penderaan emosi dan fizikal yang jika disabitkan kesalah an boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Jadi, apakah rasional memasukkan juga perkataan merotan di dalam peruntukan undangundang?
Kita mengharapkan Akta baharu yang digubal itu menjadi lebih baik daripada akta sedia ada, tetapi jika sebaliknya, apalah makna undang-undang itu digubal lagi?

Sumber : Detikdaily.

No comments:

Post a Comment