اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, December 19, 2014

GST: Menteri sahkan kos rawatan Hospital swasta akan meningkat

 



Pengendali hospital swasta meminta orang ramai bersedia menghadapi peningkatan kos penjagaan kesihatan susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April depan.

Orang ramai menyatakan kebimbangan mereka susulan pengesahan Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam kelmarin bahawa kos penjagaan kesihatan swasta akan meningkat selepas GST mula berkuat kuasa tahun depan.

Subramaniam bagaimanapun berkata peningkatan kadar itu masih diperkemaskan dengan Jabatan Kastam. Perangkaannya masih dalam perbincangan dan belum ada keputusan muktamad dicapai.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) pada Selasa yang mengingatkan orang ramai untuk bersedia membayar tambahan lima peratus bagi perkhidmatan hospital swasta bermula April depan.

"Peningkatan harga disebabkan oleh GST ini pasti mengecewakan majoriti rakyat, tetapi kita perlu bersedia menerima hakikat ini," kata pengurus kewangan Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Norliza Razali.

"Sebagai sebuah hospital swasta, kami cuba berlaku adil kepada semua pesakit supaya mereka tidak terjejas akibat kos yang semakin meningkat.

"Jika tidak, kemungkinan pesakit boleh mempertimbangkan pilihan lain untuk elak daripada membayar lebih daripada kemampuan," tambahnya.

Norliza juga menegaskan maklumat mengenai GST memberi kesan kepada sektor perubatan hendaklah dibuat telus kepada orang ramai agar tidak timbul kekeliruan pada masa akan datang.

"Orang ramai perlu sedar bukan semua ubatan dan rawatan dikecualikan GST. Penting untuk jelaskan kepada orang ramai supaya tidak timbul persepsi negatif terhadap hospital swasta.”

Norliza berkata, tindakan sewajarnya akan dilakukan hospital swasta bagi memastikan pesakit tidak terjejas teruk susulan penguatkuasaan GST.

"Saya percaya kita perlukan mekanisme tertentu untuk mengurangkan kos tambahan yang ditawarkan. Kami akan cuba yang terbaik untuk merawat pesakit dan melihat kesan keseluruhan kepada masyarakat supaya ia tidak membebankan pesakit dari segi kos dan bayaran," katanya ketika dihubungi Astro AWANI semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam ucapan Bajet 2015 berkata ubat yang tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEDL) akan dikecualikan GST dan pesakit tidak akan dibebankan dengan cukai tambahan untuk rawatan mereka.

Pada 15 Dis, APHM telah memaklumkan kepada orang ramai penambahan lima peratus untuk kos penjagaan kesihatan swasta selepas GST diperkenalkan ekoran keengganan Jabatan Kastam mengecualikan cukai terhadap doktor yang diambil bekerja.

Dua hari selepas APHM mengumumkan perkembangan terbaharu ini, Menteri terlibat mengesahkan peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta sebanyak lima peratus selepas GST diperkenalkan.

Astro AWANI cuba mendapatkan komen daripada beberapa hospital swasta, namun tidak berhasil ~ AstroAwani

No comments:

Post a Comment