اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, September 4, 2014

LAGI-LAGI MELAYU KALAH.

 

Written By canang on Khamis, 4 September 2014 | 9/04/2014 09:28:00 PTG


LAGI-LAGI MELAYU KALAH.

Ada seorang hamba Allah, dia cakap dengan saya ‘Orang Melayu kita ni memang lemah sejak zaman dahulu lagi, apa pun buat semua tak menjadi, berperang dan bertempur dengan penjajah pun asyik kalah memanjang, tak ada apa yang hebatnya pada Melayu’. Persoalannya betul ke bangsa Melayu Nusantara kita ini sentiasa kalah dengan penjajah? Salah itu, orang Malaysia kalau fikir tentang perang dengan penjajah mesti teringat perang Melaka, itu sahaja yang ada dalam fikiran dan ingatan mereka yang tepu dengan pendidikan buku teks sejarah sekolah.

Sebelum itu saya nak ingatkan kepada anda semua bahawa sejarah bangsa Melayu itu tidak sesempit Semenanjung sahaja. Bangsa Malayonesia itu adalah seluruh suku-suku yang berada dalam kelompok bahasa Austronesia. Baik Jawa, Minang, Batak, Iban, Kadazan, Bugis, Banjar, Aceh semuanya tergolong dalam kelompok ini. Jadi jika saya sebut ‘Bangsa Melayu’ tolong buang jauh-jauh kefahaman bahawa Melayu itu adalah suku yang wujud di Sumatera atau Semenanjung dan sedikit di Borneo. Sudah tiba masanya kita membuka luas pemikiran kita dan keluar dari kepompong pemikiran buku teks dan politik sempit.

Jadi adakah benar bangsa kita selalu kalah bertempur dengan penjajah? Baik mari kita tengok beberapa peristiwa peperangan atau siri pertempuran yang berlaku di sekitar Nusantara pada zaman kolonial Belanda yang jarang kita tahu. Antaranya ialah ;
Pertempuran Perak-Belanda (1651) –Belanda terpaksa berdamai dengan Perak setelah beberapa kali pos Belanda diserang Perak.

Pertempuran Batak-Belanda (1878-1907)-Dalam serangan pertama seramai 200 orang tentera Belanda terkorban dan ramai lagi yang tercedera. Kerugian yang ditanggung Belanda adalah amat besar berbanding tentera Batak. Seluruh kubu Belanda tersebut dibakar hangus. Sisinga Mangaraja terus berjuang menentang Belanda hingga akhir hayatnya dan berjaya membumihanguskan banyak kubu-kubu Belanda dan membunuh beratus-ratus tentera Belanda.

Pertempuran Selangor-Belanda (1784-1785)- Pada Julai 1784 angkatan Belanda yang membawa 11 buah kapal pimpinan Jacob Pieter Van Braam memerangi Selangor kerana tindakan Sultan Ibrahim menyerang Belanda di Melaka bersama Raja Haji. Sultan Selangor kemudian membalas kembali serangan dengan bantuan orang Pahang untuk merebut kembali Selangor. Dua pihak akhirnya terpaksa berdamai dengan menandatangani perjanjian pada 29 jun 1786 kerana kekuatan kedua-duanya sama hebat sahaja .

Pertempuran Johor-Belanda (1782) - Gabenor Belanda di Melaka menghantar angkatan perang dibawah pimpinan Toger Aboe membawa 6 buah kapal perang, 910 askar mengepung Riau . Pertahanan Riau yang kukuh menyebabkan Belanda terpaksa menghantar bantuan ke Riau iaitu 7 buah kapal perang seramai 594 askar. Seterusnya pada akhir 1782 Belanda menghantar lagi bantuan dengan 17 buah kapal kecil dan 600 askar yang menaiki kapal besar Malaka's Welvaren, tetapi kedua-duanya diletupkan tentera Johor-Riau dan semua anak kapal terbunuh dan Belanda terpaksa pulang ke Melaka dengan tangan kosong.

Perang Siak- Belanda (1752) – Siak telah menang besar dalam pertempuran ini dimana banyak askar Belanda yang terkorban bersama kapal-kapal mereka yang berjaya dikaramkan oleh tentera Melayu Siak. Sejarah perang ini dinukilkan dalam Syair Perang Siak.
Perang Aceh-Belanda (1873-1874) - Dipimpin oleh Panglima Polim dan Sultan Mahmud Syah melawan Belanda yang dipimpin Köhler. Köhler dengan 3000 askarnya dapat dikalahkan, dimana Köhler sendiri tewas pada tanggal 14 April 1873. Sepuluh hari kemudian, perang berkecamuk di mana-mana.

Pertempuran paling sengit ialah saat merebut semula Masjid Raya Baiturrahman. Walaupun pada tahun-tahun berikutnya Belanda berhasil menawan Banda Aceh namun perjuangan rakyat Aceh tak pernah berhenti sehingga zaman jepun. Malah ada yang menyebut hampir 30 ribu tentera Belanda terkorban di Aceh iaitu yang terbesar dalam sejarah peperangan Belanda.
Apa yang saya paparkan ini sebenarnya sebahagian sahaja daripada pertempuran-pertempuran yang berlaku diantara penjajah dengan kita yang dimenangi oleh kita atau diakhiri dengan perjanjian damai.

 Belum lagi jika dimasukkan Perang Naning yang membingungkan British dan Perang Kastilan yang membuka mata orang Sepanyol akan kekuatan Melayu Brunei.
Adakah anda pernah tahu akan Pertempuran Aceh-Belanda yang diketuai oleh wanita-wanita seperti Laksamana wanita terulung Cut Keumalahayat, Cut Nyak Dhien, Tengku Fakinah, Cut Meurah Intan, Po Cut Baren, Cut Meutia, dan Cut Gambang? Bayangkanlah bagaimana panglima-panglima wanita Aceh ini berjaya membunuh beratus-ratus tentera Belanda dengan menggunakan pasukan gerila mereka.

Sebenarnya kalau anda semua nak tahu, kejatuhan kebanyakan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara bukanlah akibat daripada kita kalah berperang dengan mereka atau sebab kita tiada senjata yang setaraf, tetapi disebabkan TIPU HELAH dan PECAH BELAH. Dengan cara yang licik inilah penjajah Belanda dan seterusnya diperkemaskan pelaksanaannya oleh British menjahanamkan negeri-negeri Melayu Nusantara dan merosakkan pemikiran anak bangsa. Maka anak bangsa pun tertanya-tanya mengapa sekian kali berperang nenek moyang tak pernah menang. Namun sayang, mereka tak mengetahui sejarah yang sebenar. Sekian. Wallah hu’lam.

No comments:

Post a Comment