اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, August 3, 2014

Surat Terbuka buat Pimpinan Tertinggi dan Pendukung Pakatan Rakyat

 

 
Salam Syawwal.. di Pagi Juma'at Yang Mulia.....
(kira2nya.. Sebuah Surat Terbuka buat Pimpinan Tertinggi dan Pendukung Pakatan Rakyat)

 Apa pun faktor2 sebab-punca rentetan "Kebrentakan Dalaman" sehingga Pakatan Rakyat sedang mengalami fenomena "Self- Destruct Mode" yang berpotensi membawa kpd "Berakhirnya Koalisi-Muafakat Politik" ini, Pimpinan Tertinggi mesti segera menangani serta mengelakkan kesudahan Perpecahan ini.

 Sangat malang sekiranya Pakatan Rakyat berakhir di sini kerana umum mengetahui bahawa inilah hanyasanya wadah yang menjadi harapan Rakyat untuk mampu menyemak-imbang serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan penguasa Umno-BN dalam tadbir-urus negara serta PRU ke-14 akan datang.

 Berpada-padalah Sdra2ku bahkan sebaiknya "Segera Hentikan" dalam "Menyerang serta Menembak Sesama Sendiri" kerana Sdra sedang ditertawakan oleh seteru politik kita yang bertepuk-sorak serta mempergiat mengadu-dombakan bagi meretakkan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat kini.

 Wajah2 Sdra di dada-dada akhbar mereka di muka depan! Anih mengapa mereka memberi ruang kepada Sdra..Ya..segera sedar dan insaflah....ruang diberi justeru kerana Sdra menembak sesama sendiri...Malang!

 Rakyat mengharapkan Sdra sementara Sdra asyik bercakaran dan ditanggapi sebagai memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan Kemaslahatan Rakyat dan Kepentingan negara! Itulah Persepsi Rakyat kini.....mungkin Sdra tidak setuju....dan Sdra punya hujjah yang kukuh....Ya..semua kita merasakan punya hujjah yang kukuh.... 

Ayuh Sdra2ku bangun dari Keasyikan dan "Perangkap Kitaran Ganas" yang memusnahkan ini.. dengan setiap orang kita berteriak "Cukup Lah Kehancuran Pakatan Rakyat ini"...("Enuf is Enuf of Destroying Pakatan Rakyat!).

Segerakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang untuk "Menghentikan Kemusnahan" ini ("Arrest the Self-Destruction")..tanpa semestinya menunggu melepasi 10 Ogos bagi mengurus tuntutan krisis yang ganas ini...

10 hari adalah terlalu lama dalam politik dan media UBN saban masa memporak-perandakan serta merobek kesepaduan muafakat politik yang kita bina selama ini! Dikatakan hanya.. "Divine Intervention" mampu untuk Menyelamatkan Pakatan Rakyat....Namun Sdra juga tahu...AlLah tidak akan merubah nasib kita kecuali kita sendiri yang mahu merubahnya...

Maka jadilah Sdra2 Pimpinan Tertinggi sendiri, pertama-tamanya.. sebahagian dari "balatentera AlLah" yang bertindak menjadi "Anasir Penyelamat" dalam kemelut ujian getir ini...Kalau benar-benar Sdra2 masih ingat .."Tuntutan Kepimpinan" adalah pertama-tamanya ..."Menyatukan Hati2 Pejuang"... (Taalluf Al-Quluub) dan bukan sebaliknya memecah-belah keutuhan kesepaduan organisasi...

Kalau tidak... Sejarah akan menghukum Sdra2 Pimpinan sebagai yang Mengizinkan Pakatan Rakyat Berpecah dan juga sekaligus ditanggapi.. Sdra2 Pimpinanlah yang mencetuskan Kemelut dan Krisis kali ini! Sekali lagi ini adalah Persepsi Rakyat....mungkin boleh saja kita nafikan.. 

Semoga-moga Rintihan dan Syakawa (Pengaduan) yang dititipkan pada dinihari ini mendapat empati dan respons positif Saff Pimpinan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan semua Pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat di seluruh negara.

 Ya AlLah...Telah ku lunaskan Tanggungjawabku menegur Pimpinan Tertinggi Muafakat Politik ini..yang masih ku tanggapi "Tahaaluf Siyasi" yang punya kemuliaannya di sisiMu....bagi "Menegakkan Keadilan dan Membenteras Segala Kezaliman" ....Juzuk penting dari SyariatMu Ya AlLah!

 AlLahu Musta'an.... wa AlLahu Maa Aqulu Wakil!

 Dr Dzulkefly Ahmad
 
Pandangan Peribadi (mungkin ada yg mengecam saya kerana tidak mengikut saluran komunikasi), seorang AJK PAS Pusat dan Ahli Sekretariat Pakatan Rakyat.
 5 Syawwal 1435H...1 Ogos 2014.  


No comments:

Post a Comment