اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, August 16, 2014

Status Kerajaan Negeri Selangor dan Kelewatan Keputusan Dari Pihak PAS

 


Satu sidang media telah diadakan di pejabat saya semalam iaitu pada 13 Ogos 2014 bagi mengucapkan tahniah dengan ‘ikhlas tanpa syarat’ kepada TS Muhyiddin serta menerangkan status Kerajaan Negeri Selangor dan kelewatan keputusan dari pihak PAS.

STATUS KERAJAAN SELANGOR
Walau apa sekalipun yang dikatakan, hakikatnya kerajaan Selangor sekarang ini adalah BUKAN sebuah kerajaan PR. Ianya merupakan kerajaan yang dipimpin oleh seorang MB yang tidak berparti yang sehingga setakat ini masih disokong oleh PAS dan UMNO serta ....? Walaupun tiada exco dari UMNO sekalipun, ianya tidak boleh dinafikan bahawa kerajaan ini disokong UMNO dan bermusuhan dengan PR. Permusuhan terhadap PR terbukti dengan pemecatan barisan exco PKR dan DAP yang telah dilakukan TSKI petang semalam. Oleh itu, bagaimanakah resolusi ‘memperkukuhkan PR’ boleh dilaksanakan PAS dalam keadaan kerajaan ini disokong UMNO dan bermusuhan dengan parti rakan PR?

Mungkin kita boleh menipu diri dengan mengatakan kita tidak berkerjasama dengan UMNO apabila tiada Exco UMNO dilantik. Namun adakah rakyat boleh ditipu semudah itu? Rakyat akan melihat PAS bersekedudukan dengan UMNO menyokong MB yang tidak berparti bermusuhan dengan PR. Sedangkan rakyat melalui PRU ke 13 telah memberi mandat kepada kerajaan PR untuk memerintah Negeri Selangor.

Saya yakin tiada walaupun seorang ADUN PAS Selangor, samada exco ataupun bukan exco, yang ingin menafikan bahawa mereka telah menang atas tiket PR. Rakyat inginkan Selangor diperintah PR dan telah menolak BN dengan sejelas-jelasnya. Maka sudah pasti apa yang diwujudkan hari ini adalah bukan seperti kehendak rakyat! Dalam keadaan itu adalah mustahil bagi sesiapa juga untuk menjustifikasikan keadaan ini dengan mengemukakan seberapa banyak senario sekalipun atas alasan memenuhi amanat dari rakyat. Oleh itu adalah wajar untuk PAS membetulkan keadaaan ini dengan kembali memperkukuhkan PR sepertimana yang telah ditegaskan dalam 5 muktamar berturut-turut semenjak 2009.

HIKMAH DI SEBALIK KELEWATAN KEPUTUSAN PAS
Ramai dari rakan-rakan PR yang marah atas kelewatan PAS membuat keputusan berhubung kedudukan TSKI. Saya faham mengapa mereka marah dan atas kelewatan tersebut dan oleh itu saya memohon maaf. Namun pada masa yang sama, kita perlu mengambil kebijaksanaan dari peribahasa Inggeris yang berbunyi, “give them enough rope to hang themselves”.


TSKI dilihat secara umum sebagai seorang yang baik. Apabila ingin menukarkanya, maka rakyat mula bertanya “kenapa perlu tukar?” Maka adalah diharap bahawa dalam tempoh masa yang diberikan, TSKI telah menjawab soalan tersebut melalui kata-kata dan tindakan beliau sejak kebelakangan ini. Beliau sanggup mempertahankan kedudukan beliau sehingga ke tahap menerima sokongan dari UMNO/BN dan memecah-belahkan PR. TSKI bertindak ke atas exco partinya sendiri. Exco DAP yang merupakan rakan PR juga turut dipecat. Sedangkan tidakkah TSKI menang di Selangor atas sokongan PKR dan DAP juga?

Sekarang tiada lagi yang bertanya pada saya kenapa TSKI perlu ditukar. Sebaliknya mereka berkata, “tidak sangka TSKI sanggup sampai begitu, baru tahu belangnya yang sebenar. Dia tiada perasaan kesetiaan kecuali kepada dirinya sendiri”. Yang mengundinya dalam pemilihan Timbalan Presiden pun telah datang berjumpa dengan menyumpah. Yang mengundinya di Pelabuhan Kelang lebih-lebih lagi.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

No comments:

Post a Comment