اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, August 23, 2014

SEMENJAK BN PERINTAH KEDAH DAH ADA PUDING, JUS KETUM...KURMA PUN ADA..MEMANG HEBAT

 


Kini Ketum Dijual Dalam Bentuk Jus Dan Puding!

Sungai Petani - Kaedah terbaru dikesan dalam kalangan pengedar dan pengusaha ladang ketum apabila mempelbagaikan penggunaan air ketum dalam bentuk jus dan puding berikutan didakwa mendapat permintaan tinggi daripada kaki ketum termasuk pelajar sekolah di negeri ini.

Maklumat berhubung kaedah yang dilakukan pengedar dan pengusaha ladang ketum berkenaan diperoleh oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah sepanjang melakukan siasatan dan pemantauan di beberapa lokasi yang dikenal pasti aktif dengan kegiatan penyalahgunaan ketum, baru-baru ini.

Pengarahnya Nazeer Mustafa berkata, jus dan puding ketum masih baru dalam kalangan penagih ketum dan ia mudah jual dan dibawa selain sukar dikesan pihak berkuasa berbanding menjualnya dalam bentuk air minuman seperti kebiasaan.

“Berdasarkan maklumat diperoleh, air ketum berkenaan akan diproses menjadi jus seakan air teh sebelum diisi dalam botol air mineral, manakala puding pula dibuat dalam pelbagai warna dan dijual kepada orang tertentu saja dan ia memang sukar untuk dikesan.

“Berikutan itu, AADK sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kegiatan itu dan ia sudah dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan lanjut.

“Penagihan air ketum ini amat membimbangkan kerana ianya bukan saja membabitkan golongan dewasa, malah kanak-kanak berusia seawal sembilan tahun juga terjebak dan perkara ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelak penularan lebih buruk,” katanya yang dipetik dari laman Hmetro.com.my.

Katanya, kaedah menjadikan air ketum sebagai jus dan puding berjaya dikenal pasti banyak di sekitar daerah Baling termasuk Kuala Ketil selain Sik, namun paling dibimbangi apabila membabitkan golongan pelajar sekolah.


Pelaburan terbaru tanam pokok kurma kos sampai rm2.9 juta....pokok pun dah besaq 2, 3 tahun lagi boleh juai kat orang kedah kut.......

No comments:

Post a Comment