اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, August 17, 2014

Ringkasan Keputusan Mesyuarat PAS Tadi: PAS Tekan Brek!

Ini yang admin tambah:

Sebelum ini yang aku tibai kaw-kaw tu hanya kepada yang bermulut luas dan bau longkang dan juga mereka duduk di atas kerusi tapi suka goyang tak kiralah dari PAS atau PKR atau DAP!

Hang kena ingat bukan parti yang lantik hang tetapi rakyat yang pangkah hang untuk menang 
Kepada yang bergelar pemimpin, berhentilah meletakkan diri setaraf macai!

Ringkasnya berikut keputusan mesyuarat tadi:

Keputusan Jawatankuasa Pas Pusat hari ini yang diumum oleh Timbalan Presiden Tuan haji Mohd Sabu.

a) Pas tetap bersama Pakatan Rakyat
b) Pas tidak akan meminta kerusi MB Selangor,
c) 4 Exco Pas di dalam MMKN akan kekal berkhidmat; dan
d) Pas cadangkan dua (2) nama sebagai MB iaitu 
i) YB Datin Seri Wan Azizah
ii) YB Azmin Ali

Sumber: FB Zulhazmi At-Takanan
Secara tidak langsung PAS telah menekan brek.

Hancur berkecai harapan sesetengah pihak untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

Bagi gerombolan dalam PAS yang begitu kuat meniup bara perpecahan PR demi membina jambatan kerajaan perpaduan UMNO-PAS, bermuhasabah dirilah. Kajian senario mengkomer boleh masuk bakul sampah sahaja.

Bagi gerombolan dalam PKR yang masih mengamalkan kronisme, juga perlu bermuhasabah diri. Kronisme itu perangai UMNO. 

Bagi gerombolan dalam DAP yang mulut tidak pandai zip, ingatlah! Mengamalkan ajaran Islam itu wajib bagi umat Islam, termasuk melaksanakan hukum hudud.

Tiada pemimpin yang sempurna. Setiap pemimpin ada kekuatan dan kecacatan. Pengikutlah yang menampung kecacatannya sehingga kepimpinan itu menjadi sempurna.

Hormatilah pengikut. Maka pengikut akan menghormati pemimpin.

YB = Yang Berkhidmat.

No comments:

Post a Comment