اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, August 11, 2014

MB BEBAS DISOKONG OLEH ADUN PAS & BN JADI KERAJAAN UG TERBENTUK DI SELANGOR!!!

 


SEHINGGA 17HB OGOS ADUN-DUN PAS MASIH MENYOKONG TSKI......

HARI INI BN MENYOKONG PENUH ADUN-ADUNNYA MENYOKONG TSKI.....

PKR & DAP TERPERANGKAP.....UG BERJAYA AKHIRNYA.....??? 


Situasi ‘The Enemy Of My Enemy Is My Friend’ Di Selangor



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dari Barisan Nasional di Selangor kesemuanya menyokong Menteri Besar tanpa sebarang syarat.

Dengan kenyataan itu, dilihat telah wujud kerjasama tidak langsung antara parti PAS dan UMNO dalam usaha menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan mengetuai pentadbiran kerajaan negeri.

“BN Selangor sokong status Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor tanpa syarat serta ikhlas,” katanya.

Tindakan Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengeluarkan kenyataan media berhubung kedudukan Khalid hanya melibatkan PKR dan DAP tanpa PAS petang ini juga memperlihatkan PAS disisihkan dari PR di Selangor.

Langkah terbaik kini adalah untuk PAS terus bersama Khalid dan BN juga memberikan sokongan padu kepada beliau.

Ini secara tidak langsung mewujudkan suasana The enemy of my enemy is my friend (musuh kepada musuh adalah rakan saya) di negeri berkenaan.

Situasi itu terguna pakai untuk PAS, BN dan Khalid secara serentak.

PAS perlu melihat kepada BN sebagai sahabat dan BN juga sebaliknya dan Khalid juga harus melihat BN sebagai sahabat ketika ini.

Perkara itu jelas akan membuntukan lagi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menempatkan ADUN Kajang iaitu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Misi itu diburukkan lagi kerana Abdul Khalid kini bukan lagi Ahli PKR dan Anwar sudah pasti tidak boleh lagi mengeluarkan sebarang arahan kepada beliau dalam soal kedudukan berkenaan.

Abdul Khalid pula mendapat sokongan jelas daripada 15 orang ADUN PAS dan juga 12 orang ADUN BN menjadi kerjasama tidak langsung ini kepada 28 sokongan kesemuanya bagi Abdul Khalid.

Selain itu, empat orang Exco Negeri dari PAS tetap komited untuk terus bekerjasama dengan Abdul Khalid dalam mentadbir negeri Selangor.


Jumlah empat orang itu sudah mencukupi bagi korum untuk diadakan Mesyuarat Exco dan Abdul Khalid boleh terus bertugas sebagai Menteri Besar.

Krisis politik di Selangor memperlihatkan ia mungkin akan selesai dan stabil semula dalam tempoh lebih lama tetapi ia menunjukkan kemungkinan kerjasama antara PAS dan UMNO akan berlaku tidak lama lagi.

Selain itu, perkembangan terbaru di Selangor mencipta sejarah baru apabila Abdul Khalid menjadi satu-satunya Menteri Besar yang mendapat perkenaan Sultan untuk meneruskan tugas dengan status ADUN bebas tanpa parti.

Ia adalah kerana pada Sabtu lepas, Lembaga Disiplin PKR telah bertindak memecat Abdul Khalid daripada menjadi ahli parti kerana ingkar arahan supaya berundur. 

– MYNEWSHUB.MY

No comments:

Post a Comment