اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, August 29, 2014

[EDISI KANTOI] TS Khalid Ibrahim TIDAK Bercakap Benar!





MB: Pakatan tak calonkan satu nama tahun lepas

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat tidak hanya mencalonkan satu nama, iaitu dirinya semata-mata, sebagai menteri besar Selangor kepada istana selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Justeru, katanya, tindakan PKR dan DAP mencalonkan satu nama sahaja sebagai penggantinya, atas alasan mengambil kira konvensyen 2013, tidak tepat.

"Cerita (satu nama calon) itu tidak dilaporkan secara tepat.

"Ada pencalonan berasingan dari PKR dan PAS pada 2008 dan 2013," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco sebentar tadi.

Ditanya pemberita, beliau bagaimanapun tidak menjelaskan siapa lagi nama dicalonkan tahun lalu kepada istana.

Semalam, PKR dan DAP berkata hanya akan mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor sebagai menteri besar Selangor yang baru.

'Saya tak mahu tahu'

Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu semalam, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

Menurut mereka, istana tahun lalu meminta lebih daripada satu nama tetapi mereka hanya menamakan Khalid dan akhirnya diperkenan sultan.

Khalid juga memaklumkan istana telah menghantar surat kepada ketiga-tiga parti Pakatan mengenai hal calon yang dikehendaki serta tarikh akhir untuk mengemukakan nama menteri besar.

Bagaimanapun beliau tidak mahu memberi komen terhadap sebarang spekulasi calon dan menyerahkannya kepada Pakatan.

"Saya difahamkan surat sudah dihantar pada hari ini, jadi saya mengharapkan pihak istana tidak menghantar salinan kepada saya, itu sahaja.

"Sebab saya tidak mahu tahu apa-apa juga informasi," kata beliau. -mk

Sultan Selangor beri 3 sebab lantik Khalid sebagai MB


SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memenuhi semua syarat yang diperlukan bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor 1959," katanya.

Mohamad Munir berkata satu lagi sebab ialah Sultan Selangor berpendapat Abdul Khalid pernah menjadi menteri besar sebelum ini dan pengalamannya boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau menjelaskan bahawa kelewatan melantik menteri besar ialah kerana Sultan Selangor menunggu calon-calon menteri besar dikemukakan oleh ketiga-tiga parti itu.

"Di samping itu, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon menteri besar tidak semestinya Abdul Khalid apabila PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Justeru itu, Sultan Selangor menunggu parti-parti komponen PR mengemukakan calon menteri besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon yang dikemukakan," katanya.
- SH/Bernama (14 mei 2013)


ULASAN GB

Nampaknya satu demi satu dah terbongkar.

Namun apa yang GB tertanya-tanya ialah kenapa TSKI bheriya-iya untuk menyatakan ada lebih satu pencalonan untuk jawatan MB Selangor sedangkan kenyataan dari Setiausaha Sulit Sultan Selangor TELAH menyatakan sebaliknya?

Persoalan dan persepsi yang timbul ialah ppakah cadangan menghantar lebih satu nama itu dilakukan oleh TSKI sendiri kepada Sultan Selangor sehingga beliau terpaksa membuat kenyataan yang kantoi berkenaan?

Kita tunggu dan lihat episod selanjutnya.   

No comments:

Post a Comment