اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, August 20, 2014

Dua anggota Tentera terbunuh di Sabah

 



Dua anggota tentera maut dan empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Sungai Tiram di Batu 19 dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali berkata, mereka yang dikenali sebagai ketua kru, Sarjan Mohd Hanif Patahur, 31, dan Prebet Ahmad Feleni Mansor, 23, mati di tempat kejadian.



Mereka yang cedera ialah pemandu kereta perisai Mohd Faizal Ahmad, 29, Mohd Amaruddin Che Soh, 29, Mohamad Haffez Khairudin, 24, dan Ifaiznor Ismail, 29.

Insiden berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi, ketika kereta perisai yang dinaiki enam anggota tentera itu dan sebuah lagi kereta perisai dalam perjalanan pulang ke Kem Sri Kinabatangan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ke 22, katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, empat anggota yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Fadzil berkata siasatan awal polis mendapat kemalangan berlaku selepas kereta perisai yang dipandu Mohd Faizal dalam perjalanan dari Kampung Sungai Tiram ke Kem Sri Kinabatangan.

Katanya setibanya di tempat kejadian, kereta perisai itu hilang kawalan lalu terbalik.

Sebelum itu, mereka melakukan rondaan keselamatan di Teluk Labuk.

Anggota tentera berkenaan dari RAMD ke-12 Kuantan, bertugas selama tiga bulan di Kem Sri Kinabatangan sejak 15 Julai lepas.

Jenazah kedua-dua mangsa, Mohd Hanif yang berasal dari Johor dan Ahmad Fikri dari Kelantan, akan dihantar pulang ke kampung halaman mereka, esok lapor Bernama


Sebenarnya.. ada kesilapan dalam laporan Bernama itu.. bukan Prebet Ahmad Feleni Mansor yang terkorban tetapi Ahmad Fikri Mansor.

.... Menurut seorang sahabat yang berada di Sabah, kenderaan yang terlibat ialah sebuah Alpha MIFV (Adnan) ianya telah terbalik ketika melalui satu selekoh tajam di Simpang 3, Kampung Sungai Tiram, enam kilometer dari Labuk Bay.

Kenderaan terbabit dipercayai terbalik setelah pemandunya hilang kawalan, halaju kenderaan pada masa kejadian yang tercatat ialah 40Km/J.

Kerosakan kenderaan hanyalah antenna base patah, cupola pemandu dan ketua kenderaan kemek dan mounting senjata patah.

Sarjan Mohd Hanif bin Patahur Rahim telah berkahwin dijangka akan menamatkan perkhidmatannya pada 2016, makala Prebet Ahmad Fikri bin Mansor yang masih bujang pula pada tahun 2021.

Jenazah Sarjan Mohd Hanif bin Patahur Rahim akan dihantar pulang kepada warisnya di Perkampungan Padang Perdana, Kuantan, Pahang.

Manakala jenazah Prebet Ahmad Fikri bin Mansor akan dihantar ke Kampung Galok Chetok, Kelantan.

Takziah buat keluarga mereka dan Al Fatihah buat yang telah terkorban semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan roh mereka dicucuri rahmat hendak Nya.. Insyaallah...

Al Fatihah!

No comments:

Post a Comment