اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, August 19, 2014

Bukankah Najib Pernah Mengaku Jumpa Saiful? Kenapa Surendran Didakwa?

 

 

Peguam Anwar ditahan kerana menghasut, bebas selepas beri kenyataan

Polis merekodkan kenyataan Naib Presiden PKR N Surendran di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju petang ini selepas mengeluarkan waran tangkap berikutan dakwaan kenyataan berunsur hasutan.

Timbalan Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, waran itu disampaikan kepada ahli Parlimen berkenaan pada jam 7.52 petang dengan kehadiran peguamnya Latheefa Koya.

Khairi berkata Surendran, yang akan didakwa di mahkamah esok mengikut ‎Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, kemudian dibebaskan dengan ikat jamin selepas kenyataannya direkodkan.

Surendran dijangka didakwa kerana berkata dakwaan kes Liwat 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Polis sebelum ini berkata, mereka mengeluarkan waran tangkap terhadap Surendran, yang juga peguam Anwar, dan meminta beliau membawa penjamin ke mahkamah esok.

Latheefa yang mengiringi Surendran di balai polis itu berkata, beliau menerima panggilan hari ini daripada seorang pegawai polis memberitahu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana menghasut.

"Pegawai polis memberitahu beliau akan didakwa esok. Mereka tidak perlu mengeluarkan apa-apa waran tangkap tetapi saya rasa mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko," kata Latheefa.

Surendran berada di sana lebih daripada sejam bagi kenyataannya direkodkan.

Beliau memberitahu pemberita kemudian, pertuduhan itu tidak akan menghalangnya daripada meneruskan perjuangan.

"Saya pada awalnya ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin supaya dapat hadir di mahkamah esok bagi menjawab pertuduhan kenyataan berunsur hasutan terhadap saya dan kerana mengkritik keputusan perbicaraan Liwat 2 Anwar. Mereka mengatakan ia adalah menghasut.

"Ini tidak menghalang saya daripada melakukan tugas saya. Saya akan meneruskan perjuangan bagi menjadikan Malaysia lebih baik," katanya.

Surendren berkata keputusan mendakwanya akan memberi gambaran buruk kepada kerajaan memandangkan proses rayuan terhadap kes Anwar semakin hampir.

Terdahulu, ahli Parlimen Padang Serai itu berkata Najib dan Umno akan mendedahkan diri mereka kepada penelitian jika beliau didakwa dengan pertuduhan itu.

Mereka yang disabitkan dengan tuduhan hasutan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kerjaya politik beliau sebagai wakil rakyat akan berakhir kerana akan kehilangan kelayakan, jika didenda lebih daripada RM2,000 atau penjara lebih setahun dan tidak menerima pengampunan.

Pada 8 Ogos, Surendran, yang merupakan seorang daripada peguam yang mewakili Anwar dalam rayuan kes liwat di Mahkamah Persekutuan didakwa membuat kenyataan mengenai Najib berhubungan pertuduhan yang dihadapi oleh pemimpin pembangkang itu. – TMI


Anwar dakwa Umno 'ganggu' rayuan Liwat II

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno cuba mengganggu proses rayuan terhadap sabitan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan dengan dengan menyerang peguamnya.

Katanya, sejak ditetapkan tarikh rayuan, Umno melalui bahagian-bahagiannya di seluruh negara membuat beratus-ratus laporan polis terhadap N Surendran dan rencana di akhbar mahukan tindakan serta-merta terhadapnya.

“Sekarang, Umno sedang bertungkus-lumus untuk menghalang peguam-peguam saya dari menyebut tentang keterlibatan Najib (Razak) dalam konspirasi ini,” katanya.


Sedangkan, kata Anwar, dalamnya daripada kandang tertuduh, beliau menyebut bahawa keseluruhan proses itu “konspirasi” Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak.

Ia juga didakwa bertujuan menghapuskannya daripada persada politik dengan “cuba memasukkan ke dalam penjara” , menurut kenyataan Anwar itu lagi.

“Kenapakah ia satu kesalahan untuk peguam saya menyebut perkara yang akan menjadi dasar pembelaan saya dalam rayuan kes Fitnah 2? ”


Najib pada 30 Jun 2008 menafikan yang beliau terbabit dengan isu laporan kes liwat terhadap Anwar yang dibuat oleh seorang pembantu ketua umum PKR itu.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan Liwat II dan rayuan balas pihak pendakwa untuk menambah hukuman itu. -mk



IMBAS KEMBALI



Najib mengaku jumpa Saiful

Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Mohd Saiful menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR.

"Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya. Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin.

"Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat.

"Dia datang kerana mahu pertolongan daripada saya," katanya sambil menambah, Saiful kenal salah seorang pegawainya.

"Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan. Tangan seram sejuk," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Najib berkata, bekas pemimpin pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu telah menceritakan segala-galanya kepada beliau.

Bagaimanapun, kata Najib, beliau tidak menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis.

Najib juga berkata, Saiful pernah datang menemuinya di kediamannya sebelum ini untuk memohon biasiswa.

"Saya biarkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan tapi saya ada hak apabila saya difitnah," tambahnya.

Menjawab soalan pemberita sama ada beliau risau, Najib berkata:

"Saya tidak perlu risau kerana saya percaya kepada sistem".

Selasa lalu, PKR menyatakan ia mempunyai satu akuan berkanun yang mengaitkan pembabitan pejabat Najib dengan dakwaan liwat terbaru yang dilaporkan kepada polis Sabtu lalu, kata Anwar.

"Hari ini kita ada satu pengakuan bersumpah daripada seseorang yang belum kita dedahkan yang tahu bahawa memang ada pakatan dan perencanaan yang melibatkan pejabat timbalan perdana menteri untuk menghina saya," katanya dalam program ceramah penjelasan isu panas tersebut.

Pada sebelah petang hari sama, beliau mendakwa di sidang media bahawa wujud penglibatan Najib bersama isterinya Rosmah Mansor dan pegawainya Khairil Anas Yusof dalam dakwaan Mohd Saiful.

Sementara angkatan muda PKR semalam mencabar Najib menafikan pernah bertemu Mohd Saiful.

"AMK percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam konspirasi ini, bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamarudin melalui perakuan sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya," kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.


"AMK mencabar Najib untuk menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful pada 28 Jun 2008." -mk (3/7/2008}
ULASAN GB

Yang jelas dan nyata, laporan polis yang dibuat oleh ratusan bahagian UMNO adalah seperti "satu arahan" sempena rayuan Anwar terhadap kes liwat 2 yang dihadapinya.

GB berpendapat, ia samata-mata bertujuan untuk menganggu konsentrasi peguam tersebut supaya tidak menumpukan perhatian terhadap pembelaan ke atas Anwar.

Dengan cara itu, peguam Anwar berkemungkinan tidak mempunyai ruang berfikir dan ruang berhujjah dengan baik apabila mindanya diganggu dengan pendakwaan terhadap dirinya sendiri.

Namun hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Episod Anwar dipenjara mungkin tidak dapat edielakkan, tetapi ia akan mewujudkan sentimen simpati terhadap Anwar di kalangan rakyat seperti mana Anwar dipenjarakan pada tahun 1998. 


Pilihanraya 1999 menyaksikan UMNO BN kalah teruk dan ia menyaksikan permulaan kebangkitan rakyat yang yang berterusan sehingga kini.

Kita tunggu dan lihat.


Kelab Greenboc.

No comments:

Post a Comment