اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, August 26, 2014

BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA .... KERETA-KERETA NOMBOR PENDAFTARAN SINGAPURA MASIH BEBAS TANPA ADA PERASAAN CEMAS MEMBELI PETROL RON95 YANG DIJANJIKAN OLEH KERAJAAN SEBAGAI KHUSUS UNTUK KENDERAAN MALAYSIA SAHAJA.

 





Kegiatan kenderaan Singapura yang membeli petrol RON95 dari stesyen-stesyen minyak di Johor Bahru didapati semakin berleluasa hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada rakyat tempatan di sini.

Beberapa penduduk tempatan ketika ditanya, mengeluh bukan sahaja kerana tertekan dengan beberapa siri kenaikan harga baru-baru ini tetapi juga apabila mendapati tiada sebarang langkah diambil terhadap stesyen minyak yang menjual petrol RON95 yang bersubsidi kepada kenderaan asing khususnya dari Singapura.

Menurut seorang penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Khairel, penjualan petrol RON95 kepada kenderaan Singapura sudah menjadi pemandangan biasa di Johor Bahru.

“Stesyen-stesyen minyak biasanya tak banyak soal bila kenderaan dari Singapura membeli minyak RON95, sesiapa pun boleh beli walaupun kerajaan tidak membenarkan.

“Harga petrol kita yang bersubsidi sepatutnya untuk rakyat negara ini yang membayar bermacam cukai. Tapi bila tengok orang luar yang tak bayar cukai macam kita pun dapat sama macam kita, itu tidak betul,” kata beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Menurut beliau lagi, perkara ini mungkin berlaku disebabkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hanya menguatkuasa pada peringkat awal sahaja, tidak secara berterusan.

“Mungkin pada permulaan sahaja kerajaan ada menempatkan penguatkuasa tapi bila dah lama, penguatkuasaan mula mengendur tak macam mula-mula dulu,” katanya lagi.

“Semenjak kerajaan mengumumkan petrol RON95 hanya dijual kepada kenderaan tempatan pada Ogos tahun 2010 lalu, saya belum pernah dengar atau terbaca berita ada stesyen minyak atau kenderaan dari Singapura dikenakan tindakan.”

Beliau juga memberitahu penjualan petrol RON95 kepada kederaan yang menggunakan nombor pendaftaran Singapura ini boleh dilihat di mana-mana sekitar Johor Bahru.

“Kalau nak dikirakan, dalam sehari memang banyak kenderaan Singapura tuang minyak RON95 di sini.  Sesiapa pun boleh nampak perkara ini, takkan nak tunggu ada orang lapor baru nak bertindak?

“Mustahil kalau pihak kementerian kata tak sedar tentang perkara ini sebab itu memang tanggungjawab mereka.  Kementerian harus bertindak cepat dengan membuat pemantauan, jangan cakap sahaja” katanya lagi.

Seorang kakitangan yang tidak mau identiti dideahkan awam pula berkata , selain melahirkan kekecewaan terhadap penguatkuasaan yang lemah dalam isu ini, beliau turut menganggap kehadiran warga Singapura merupakan salah satu faktor menyumbang kepada kos sara yang tinggi di Johor Bahru.

“Sudahlah kos sara hidup di sini tinggi, kemudian hak petrol bersubsidi yang sepatutnya untuk rakyat negara ini pun diambil kesempatan oleh orang-orang luar.

“Kos sara hidup di bandaraya JB memang tinggi berbanding kebanyakan ibu negeri lain.  Salah satu sebabnya apabila orang-orang Singapura gemar berbelanja barang keperluan di sini dan menyebabkan permintaan yang tinggi sekaligus meningkatkan harga di pasaran.

“Mungkin OK bagi para peniaga, tapi tidak bagi orang tempatan yang cuma makan gaji macam saya.  Tambahan pula nilai matawang Singapura dollar yang tinggi menyebabkan mereka mempunyai kuasa beli yang tinggi dan harga barang pengguna ditentukan oleh kehendak pasaran.”

Sebelum ini, kerajaan pusat UMNO/BN melalui mantan Menteri berkenaan merangkap bapa Dafi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan mulai 1 Ogos 2010 semua kenderaan asing tidak dibenarkan lagi membeli petrol RON95.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi memastikan bahan api subsidi bagi RON95 adalah khusus untuk rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment