اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, July 20, 2014

Kenapa Khairy merelakan dirinya menjadi 'Beruk' di London?

 



Sebelum itu.. untuk makluman semua 'Beruk' itu adalah ayat yang digunakan Khairy untuk peserta-peserta demo di negara kita suatu masa lalu.. jadi aku pinjam ayat dia..

...Malam tadi Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah memuat naik gambarnya bersama ribuan orangramai di Kota London menyertai perhimpunan menyokong Gaza dan mengecam Israel.

Beliau dilaporkan dalam perjalanan ke Glasgow, Scotland untuk menghadiri Sukan Komanwel dah sementara singgah di kota London, kebetulan ada perhimpunan tersebut yang diadakan menuju ke keduataan Israel, lalu beliau dikhabarkan mengambil kesempatan turut sama menyertainya.

Memanglah sekali imbas, tindakan KJ itu sesuatu yang boleh dipuji dan membanggakan.

Barangkali tidak ramai rakyat Malaysia, apatah lagi bertaraf menteri jika tiba di kota yang serta gemerlapan seperti London sanggup meluangkan masa menyertai perhimpunan seperti ini.

Mungkin pemimpin lain lebih gemar menghabiskan masa berjalan-jalan, membeli-belah atau menikmati panaroma indahnya kota tersebut, atau setidak-tidaknya berehat di bilik hotel saja daripada menyertai perhimpunan anti Israel itu.

Tambahan pula ketika ini cuacanya sedang panas - kalau tak ikut serta perhimpunan ini pun tiada siapa nak marah atau mengurangkan markah politik di tanahair.

Namun, nampaknya berlainan dengan KJ. Beliau tetap meluangkan masa menghadiri perhimpunan anti Israel serta masih tidak lupa tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.

Tetapi di dalam negara, apakah yang dilakukan oleh KJ dan Pemuda UMNO untuk menyuarakan bantahan mengenai serangan Israel di Gaza?

Pemuda UMNO yang diketuainya hanya mengadakan demonstrasi anti Israel di hadapan bangunan UMNO saja, bukannya di hadapan Kedutaan Amerika sebagai tanda bantahan terhadap keganasan yang sudah berulang kali dilakukan oleh Israel terhadap umat Islam di Gaza dan Palestin.

Tindakan Pemuda UMNO menjerit-jerit menghentam Israel di hadapan bangunan sendiri itu dianggap aksi paling lemah oleh pergerakan itu berbanding jika diadakan di hadapan Kedutaan Amerika yang merupakan penaja utama dan sekutu paling rapat dengan Israel itu.

Perhimpunan itu pula hanya diketuai oleh naibnya, Khairul Azwan Harun bersama hanya kira-kira 200 anggota Pemuda UMNO saja.

KJ langsung tidak menyertai perhimpunan itu dan wajahnya tidak kelihatan sama-sekali, mungkin sibuk dengan tugas lain agaknya.

Lebih dari itu, ketika diminta mengulas mengenai pemulauan produk-produk yang ada kaitan dengah Israel atau Yahudi pula, KJ turut menyatakan kurang setujunya dengan tindakan itu atas alasan tidak semua barangan itu didatangkan daripada negara zalim tersebut, malah ia mungkin di keluarkan di kilang di negara ini yang pekerjanya adalah rakyat tempatan.

Beliau kemudian memberi contoh mengenai produk Nestle yang walaupun ada kaitan dengan Yahudi tetapi barangannya dikeluarkan di kilang yang terdapat di Rembau, Negeri Sembilan.

Pendirian KJ mengenai pemulauan produk yang ada kaitan dengan Israel atau Yahudi ini jelas berbeza dengan pendirian bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menyokong sebarang usaha ke arah itu, malah mencadangkan agar usaha itu sentiasa dipertingkatkan ke seluruh dunia bagi menghasilkan kesan yang lebih baik menekan kuasa jahat tersebut.

Dan ketika Pas mengadakan demonstrasi anti Israel di hadapan Kedutaan Amerika, Jumaat lalu yang turut disertai oleh ribuan umat Islam, malang juga kerana KJ tidak pula mengarahkan ahli-ahli Pemuda untuk turut serta.

Seharusnya demi kepentingan umat Islam di Palestin dan Gaza, KJ dapat mengenepikan soal politik dan mengarahkan ahli-ahli Pemuda untuk turut serta dalam perhimpunan anjuran Pas itu.

Sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment