اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, July 29, 2014

Jangan Nilai Perbualan Peribadi Kami -Dr Dzulkefly

 




Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014.  
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014. 

 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meminta akar umbi, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat tidak menganggap serong perbualan peribadi antara kumpulannya dalam mesej 'WhatsApp' yang dibocorkan dan tersebar luas dalam media sosial.

Dzulkefly berkata, pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal.

Katanya, tidak adil jika menuding jari dan menyuruh AJK PAS Pusat bertanggungjawab kerana menimbulkan kontroversi PAS mahu keluar Pakatan.

"PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan, tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.
"Secara tegasnya, olahan perancangan senario Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP)," katanya.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berkata kenyataan Zuhdi yang mahu mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan tidak boleh diterima dan mengkhianati PKR dan DAP. Katanya, cadangan Zuhdi itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan, termasuk Buku Jingga.

Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi, tetapi pandangan Zuhdi itu ada unsur khianat kepada prinsip Pakatan, "walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan," kata Rafizi.

Mengulas kenyataan Rafizi yang mahu tindakan disiplin diambil atas Zuhdi, Dzulkefly berkata 'keluar Pakatan' bukan satu-satunya perancangan yang diusulkan di dalam perbincangan kumpulan mereka. Senario lain juga turut dibincangkan, termasuk kemungkinan buruk yang akan terjadi sekiranya parti Islam itu meninggalkan Pakatan.

"PAS akan berpegang teguh kepada perjuangan Pakatan, membawa Dasar Bersama Pakatan Rakyat seperti yang seringkali diulang Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya.

Persoalan tentang PAS meninggalkan Pakatan timbul berikutan keengganan parti itu menerima cadangan PKR menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Walaupun persetujuan dicapai semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Hadi kemudiannya terang-terangan menzahirkan sokongan terhadap Khalid dan kenyataannya disokong Nik Aziz.

Bagaimanapun, timbalan presiden Mohamad Sabu mengatakan pendirian Hadi bukan kenyataan rasmi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menasihatkan semua pihak menunggu keputusan rasmi selepas mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos. Zuhdi dalam mesej WhatsAppnya mengatakan kalau PAS tinggalkan Pakatan dan bekerjasama dengan Umno, "lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka."

Dalam Facebooknya, Zuhdi juga menghentam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggelarnya 'diktator' dalam cara dia menguruskan Pakatan. Pada 27 Julai, Zuhdi menulis status di Facebooknya: "Setelah beberapa status ini, sempena Hari Raya yang mulia saya mengucapkan Eidul Fitri al-Mubarak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, maaf zahir dan batin dengan harapan tulus ikhlas
"bersaralah dari politik, sudah banyak sangat rakyat Malaysia seluruh lapisan dilibatkan dengan agenda peribadi Datuk Seri".

 – 29 Julai, 2014. (TMI)

Sumber : http://www.ibnuhasyim.com/

No comments:

Post a Comment