اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, July 29, 2014

Ibu kota 'ditakluk' warga asing ..

 



Sempena Aidilfitri, umat Islam di warga kota di kampung halaman masing-masing dengan meninggalkan ibu kota sekali gus menyaksikan para warga asing 'menakluk' ibu kota hari ini.

Walaupun ia bukan lagi satu fenomena baharu bagi kita setiap tahun, namun kali ini kebanjiran mereka boleh dikatakan agak keterlaluan.

Tinjauan MalaysiaGazette hari ini, mendapati puluhan ribu warga asing terdiri dari Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Nepal dan Indonesia yang tidak dapat pulang berhari raya mula menyerbu beberapa kawasan utama tumpuan ramai sempena Aidilfitri pertama hari ini.

Jalan-jalan serta beberapa lokasi tumpuan seperti, Jalan Tun Perak, Tun H.S.Lee, Lebuh Ampang, Masjid India selain pusat membeli belah Kota Raya, Sentral Market serta stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni 'diserang' puluhan ribu warga asing.

Suasana itu menyebabkan laluan di kawasan-kawasan utama itu mengalami kesesakan teruk sehingga dapat kelihatan warga asing berkumpul beramai-ramai mendominasi hampir setiap sudut di Kota Raya, selain penuh melimpah dalam setiap bas Rapid KL.

Tindakan mereka melintas jalan tanpa menghiraukan jenjantas, lampu isyarat trafik dan kenderaan di atas jalan menyebabkan pemandu khususnya teksi dan bas hilang sabar dan membunyikan hon secara berterusan dan terpaksa bergerak perlahan.

Walaupun tahu kenderaan sedang bergerak di jalan utama, warga asing yang berkumpul dan memenuhi setiap sudut dengan berani dan membuta tuli melintas tanpa memedulikan lampu isyarat mahupun bunyi hon pemandu.

Seorang pemandu teksi yang hanya mahu di kenali sebagai Suresh berkata, beliau hilang sabar dengan sikap melampau warga asing yang mengganggu laluan tanpa mempedulikan lampu isyarat dan menggesa polis bertindak segera masalah tersebut.

"Kalau kamu berkumpul ramai-ramai kami tak peduli janganlah ganggu alu lintas, kenderaan sedang bergerak, mereka secara babi buta melintas jalan, jika hon tak peduli pula, memang mencetuskan kemarahan," jelasnya keadaan teruk berbanding raya tahun lepas.

Manakala, suri rumah warga tempatan dikenali sebagai Safura, 36, pula meluahkan kebimbangan dengan sikap melampau warga asing yang kelihatan agresif berkumpul di ibu kota hari ini.

"Kalau berkumpul ramai-ramai berhari raya di negara lain biarlah sopan, ini tidak, mereka bertindak melampau berkumpul seperti pesta perayaan jalan melanggar orang dan mengganggu lalu lintas.

'Mereka serbu bagai banjir hampir menutup setiap sudut di kawasan ini, sangat tidak selesa dan takut untuk lalu di situ," keluhnya yang sedang menuju ke terminal bas ekpres untuk berangkat ke Butterworth.

Manakala, seorang warga Pakistan, Alif Husain, 37, berkata, dia tidak sempat pulang berhari raya di kampung halaman bersama anak dan isteri kali ini sambil menyifatkan ini merupakan tahun ketiga dia meraikan bersama rakan-rakan senegara.

"Jika tak dapat pergi ke Pakistan, terpaksalah raya di sini, lagipun ramai kawan-kawan senegara tak pulang kali ini. Jadi kami bercadang berkumpul dan meluangkan masa di Kota Raya hari ini dan juga esok," ujarnya.

Seorang lagi warga Myanmar, yang hanya mahu dikenali sebagai Nguen, 29, berkata, dia kali pertama sambut raya di negara kini kerana tak dapat puang ke rumah di negara asal jumpa ibu bapa.

"Sini ramai kawan-kawan Islam dari Myanmar, Pakistan bercuti hari ini, kami mahu jalan-jalan di sini (Sentral Market), sebab banyak famous. esok raya kedua pun saya akan lepak sini," katanya.--MalaysiaGazette.
  

No comments:

Post a Comment