اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, June 25, 2014

Mengapa Ibrahim Ali terus bebas cetus kebencian?



vsivakumar

Roketkini.com

IPOH: Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar mempersoalkan mengapa Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kebal daripada sebarang tindakan oleh kerajaan walaupun banyak kali mengeluarkan kenyataan bersifat kebencian.

Dua hari lalu, Ibrahim menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhasrat memesongkan akidah orang Islam hanya kerana mempertahankan Bible Bahasa Melayu.

“Semakin hari semakin biadap kenyataan dibuat Presiden Perkasa. Tetapi tiada apa-apa tindakan diambil kerajaan ke atas beliau.

“Walaupun kenyataan itu boleh mengganggu keselamatan dan kesejahteraan negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih membisu, seolah-olah takut kepadanya dan pemimpin Perkasa lain yang berada di bawah naungan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad,” ulasnya dalam satu kenyataan.

Selain tuduhan terhadap Setiausaha Agung DAP itu, Ibrahim juga mencabar parti itu untuk menutup sekolah vernakular, sebagai bukti mempertahankan bahasa Melayu.

Sivakumar menyifatkan kenyataan itu menunjukkan tahap ‘kecerdikan’ Ibrahim, kerana tidak dapat membezakan isu Bible dan sekolah vernakular yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sekolah vernakular adalah hak yang dinyatakan dalam undang-undang. Perlembagaan Persekutuan menyatakan orang bukan-Melayu berhak menghantar anak-anak mereka mempelajari bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan.

“Tambahan pula Akta Pendidikan memberikan pengiktirafan kepada pendidikan vernakular, selain faktor sejarah yang mengukuhkan kewujudan sekolah-sekolah ini,” katanya lagi.

Tegas Sivakumar, kenyataan Ibrahim berniat jahat dengan mengambil kesempatan membangkitkan isu penutupan sekolah-sekolah Cina dan Tamil di Malaysia.

“Jika kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib benar-benar ikhlas memperjuangkan gagasan 1Malaysia, beliau perlu mengambil tindakan segera kepada Ibrahim yang berniat merosakkan suasana harmoni negara kita,” katanya lagi. 

-Roketkini.com

No comments:

Post a Comment