اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, June 3, 2014

DNA babi: Kementerian cari individu bocor laporan awal

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Ekoran laporan awal berhubung ujian kandungan DNA babi dalam coklat Cadbury didedah kepada umum, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang berusa mencari individu yang bertanggungjawab membocorkan maklumat itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Hilmi Yahya dilaporkan berkata satu siasatan sedang dijalanakan untuk mengesan individu tersebut.

Menurut beliau, maklumat dikategorikan sebagai 'sulit' itu tidak harus dibocorkan sebelum siasatan lanjut dijalankan ke atas bahan makanan terbabit.

Beliau juga meminta orang ramai meyakini kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui ujian Jabatan Kimia, bahawa dua produk coklat tersebut tidak mengandungi DNA babi.

"Orang ramai harus percaya pada laporan Jakim," katanya.

Laporan awal pihak KKM tentang pencemaran DNA babi dalam dua produk Cadbury dipercayai dibocorkan melalui laman sosial pada 23 Mei.

 - HARAKAHDAILY 

No comments:

Post a Comment