اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, June 11, 2014

DNA babi halal lah sangat... Orang JAKIM dan MFK kena baca ni

 


Pertama: Keputusan hukum yang dipilih untuk rakyat Malaysia dalam hal sama ada Istihalah item najis 'aini seperti babi adalah suci atau tidak. Ini kerana ulama Fiqh mazhab berbeza ijtihad dalam hal tersebut.

Kedua: Sama ada proses istihalah (tranformasi) unsur babi boleh berlaku sebelum menjadi gelatin di negara ini.


Ketiga: Istihalah elemen najis kepada suci dalam produk selain perubatan boleh diterima atau tidak.

Setahu saya, Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan fatwa dalam hal ini pada 1999 mengenai barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bio-teknologi DNA babi, yang diputuskan haram dan bercanggah dengan hukum syarak.

Apa pun, badan berwajib ini perlu mengutarakannya kembali dan memberi hujah ringkas. Selain itu, ada baiknya juga keputusan makmal halal berkenaan boleh mengesahkan sama ada boleh berlaku istihalah atau tidak kepada bahan berunsur babi khususnya dalam pembuatan makanan seperti coklat. Ini kerana ada sebahagian menafikannya.

Pada asasnya, prinsip istihalah boleh berlaku dalam pelbagai jenis najis dan bangkai binatang iaitu dengan berlakunya perubahan kimia sehingga seluruh molekul item najis berubah kepada suatu bentuk baru. Ketika itu, sebahagian ulama anggap ia suci dan halal sama ada untuk ubatan dan makanan.

Perkara tersebut dibuktikan boleh berlaku oleh sebahagian besar pengkaji dan ulama serta menjadi ketetapan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia OIC dalam sidang mereka pada 18 -22 November 2013.

Menurut keputusan mereka, najis ‘ain’ termasuk babi dan arak boleh menjadi harus apabila disahkan berlakunya istihalah yang sempurna.

Pandangan silam

Manakala mazhab-mazhab Fiqh silam pula terbahagi kepada dua kumpulan besar dalam menanggapi istihalah ini.

1. Mazhab Hanafi, sebahagian besar ulama Maliki, Ibnu Taimiyah dan Zohiri berpandangan jika berubah zatnya kepada benda baru maka ia tidak lagi najis.

2. Mazhab Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Yusuf berpandangan istihalah tidak boleh berlaku kepada najis ain termasuk babi.

Kenyataan Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi

Kenyataan ulama terkenal, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menyatakan DNA babi halal disalahertikan tajuknya.

Beliau sebenarnya mahu menjelaskan berlaku istihalah dalam zat babi sehingga tiada lagi kesan babi dan yang tidak boleh lagi dikatakan wujudnya babi yang najis. Itu bukan pendapat beliau seorang tetapi sekumpulan ulama berautorti dari seluruh dunia melalui persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa OIC.

Perlu difahami, pandangan mazhab Fiqh dalam hal melibatkan muamalat seperti ini bukan semestinya kekal pendapat terkuat kerana fatwa terkuat masih boleh berubah mengikut peredaran zaman khususnya apabila adanya peralatan teknologi yang boleh mengesan sebarang kandungan dalam sesuatu produk.

Isu ini adalah isu perbezaan ijtihad fiqh dan tidak perlu mana-mana kumpulan terlalu menghentam pendapat yang lain. Kerana masing-masing disokong oleh hujah yang benar. Dapatan kajian makmal pula mungkin berbeza dari satu makmal dengan yang lain menyebabkan nasihat kepada ulama menghasilkan pendapat yang berbeza.

Nasihat ringkas saya kepada masyarakat:

a. Jangan mudah menghentam para ulama dan pihak berbeza pendapat kerana masing-masing ada hujah sendiri.

b. Perbezaan pendapat jangan dicerca namun ambillah ia secara positif sebagai keterbukaan dalam Fiqh Islam. Ini penting bagi mewujudkan masyarakat yang berfikir, membaca dan peka.

c. Apa pun saya bersetuju jika sesiapa ingin lebih selamat dan tiada faktor keterdesakan, sebaiknya menjauhi semua produk yang terlibat dengan elemen babi walaupun sudah berlaku istihalah khususnya yang bukan dalam bab makanan yang bukan pula makanan asasi. Selain terdapat banyak alternatif yang lebih tidak diragui.

d. Selain umat Islam bimbang perihal babi, sehingga DNA. Lebih perlu juga umat Islam ambil berat sumber harta yang haram seperti rasuah, tiris wang kerajaan, penipuan dan sepertinya. Itu semua haram digunakan walau dibeli makanan yang mempunyai 100 logo halal sekalipun, makanan itu juga haram akibat wang yang diperolehi cara haram. – 10 Jun, 2014.

* Penulis ialah Presiden Multaqa Asatizah & Du'at (Murshid).

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/polemik-isu-istihalah-dan-babi-dr-zaharuddin-abd-rahman#sthash.F88sqAAP.dpuf 

No comments:

Post a Comment