اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, May 19, 2014

TPPA bawa kesan negatif kepada Malaysia - SAM


HARAKAHDAILY | 


KUALA LUMPUR: Sahabat Alam Malaysia (SAM) percaya jika Malaysia menandatangani TPPA akan membawa kepada banyak kesan negatif yang boleh menjadi bencana kepada sosial dan ekonomi negara kita.

"Oleh sebab itu CAP menggesa kerajaan Malaysia supaya tidak menandatangani TPPA," ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Dalam rundingan semasa Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) melibatkan Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam, AS telah membuat cadangan dalam bab E-Dagang. Memandangkan rundingan ini adalah rahsia, kami hanya mendapat laporan berita tentang apa yang AS cadangkan. Ini termasuklah aliran bebas maklumat melepasi sempadan dan tiada  keperluan pelayan (server) tempatan. [1]

Negara-negara mungkin mempunyai beberapa alasan kenapa mereka mahu menyimpan data sensitif dalam pelayan tempatan di mana ia boleh dilindungi di bawah undang-undang privasi tempatan mereka. Ini berupa data cukai warganegara, [2] rekod penjagaan kesihatan, [3] maklumat kewangan dan sebagainya.

Beberapa negara sudah pun mempunyai peraturan untuk memastikan maklumat ini disimpan di dalam negara apabila ia disimpan oleh kerajaan. Contohnya, wilayah British Columbia dan Nova Scotia memerlukan maklumat peribadi dalam penjagaan badan awam perlu disimpan dan hanya boleh diakses di Kanada melainkan satu daripada beberapa pengecualian terhad adalah digunapakai. [4]

Kerajaan Australia bimbang cadangan AS bagi aliran bebas maklumat melintasi sempadan dan pengharaman keperluan pelayan tempatan boleh menjejaskan kemampuan untuk mempertahankan undang-undang privasi negara dan peraturan bagi data peribadi ‘off-shored’. [5]

Amerika Syarikat mendesak cadangan ini meskipun pendedahan oleh Edward Snowden mengenai kegiatan pengintipan oleh kerajaan AS.

Pengintipan NSA

Dokumen yang dibocorkan oleh Snowden menunjukkan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Kerajaan AS mempunyai aktiviti yang antara lainnya:

· Menghantar ejen ke ibu pejabat syarikat teknologi di mana mereka memasang perisian kerajaan AS terhadap pelayan syarikat dan memuat turun data dari sana selama beberapa minggu. [6] Ini akan dikawal jika pelayan adalah di Amerika Syarikat kerana negara TPP lain tidak dikehendaki memilikinya di dalam negara mereka sendiri – sepertimana yang dikehendaki oleh AS dalam TPP.

· Program PRISM membolehkan perkhidmatan inteligen mendapat akses secara langsung kepada pelayan syarikat seperti Microsoft, Yahoo. Google, Facebook, Apple dan sebagainya untuk mengumpul kandungan komunikasi termasuk e-mel, fail, data yang disimpan dan sebagainya terhadap bukan warganegara Amerika. [7]

· Mengintip terhadap hubungan antara pusat data syarikat teknologi seperti Microsoft, Google dan Yahoo. [8] Amalan lain ialah dimudahkan oleh aliran bebas maklumat dan tiada keperluan pelayan tempatan.

· Banyak lagi kaedah lain dalam pengintipan. [9]

Penggunaan data peribadi oleh syarikat persendirian (data besar)

Terdapat juga kebimbangan privasi yang ketara mengenai cara di mana syarikat persendirian menggunakan data peribadi warganegara TPP. ‘Syarikat telefon terlibat dengan NSA dalam program pengumpulan data secara “pukal” juga mengembangkan pengumpulan data mereka sendiri dalam Internet dan peralatan mudah alih. Maklumat ini digunakan untuk menghasilkan ‘dossiers’ – mensasarkan profil secara online – ke atas individu. Rekod digital peribadi ini boleh mendedahkan secara lengkap status kewangan kita, mengenai kesihatan, etnik/kaum, kepentingan politik, tabiat membeli dan teknologi yang kita gunakan.’ [10]

Lihat http://www.centerfordigitaldemocracy.org/sites/default/files/NSATTIPHandout1217.pdf untuk mendapatkan lebih banyak contoh.
     
Pengecualian kepada keperluan aliran bebas maklumat

Berdasarkan kepada perjanjian bebas perdagangan AS yang lepas, sebarang pengecualian yang akan dipersetujui oleh kerajaan AS amat sukar untuk digunakan dan tidak mencukupi untuk melindungi dasar, undang-undang dan peraturan di mana kerajaan mungkin mahu menggunakan pada masa depan.

CAP berpandangan dalam TPP, Malaysia tidak seharusnya bersetuju kepada keperluan mempunyai aliran bebas maklumat melintasi sempadan atau mengharamkan keperluan untuk mempunyai pelayan tempatan. Ini bukan disebabkan kami menentang kebebasan maklumat, sesuatu yang dikehendaki oleh orang ramai. Sebaliknya, ia kerana kebimbangan kami bahawa dalam samaran ‘aliran bebas maklumat’, ia memudahkan sebarang akses kepada data sulit rakyat Malaysia, dengan itu ia mencabuli privasi kita.

Kami menggesa kerajaan Malaysia mempertimbangkan dengan secara serius kebimbangan kami terhadap pencerobohan terhadap privasi kita dan kebimbangan lain yang dikemukakan sebelum ini dan oleh itu perlu menarik diri daripada rundingan TPP.

Kami percaya bahawa jika Malaysia menandatangani TPPA ia akan membawa kepada banyak kesan negatif yang boleh menjadi bencana kepada sosial dan ekonomi negara kita. Oleh sebab itu CAP menggesa kerajaan Malaysia supaya tidak menandatangani TPPA.

[1] Contohnya http://www.ustr.gov/about-us/press-office/blog/2013/march/tpp-21st-century-issues and Inside U.S. Trade - 08/23/2013.

[2] ‘Internet service companies would have to follow Brazilian privacy laws and the government may also decide to store sensitive data such as tax information within the country to protect it from foreign spies’ Brazil’s Internet Policy Secretary Virgilio Almeida told reporters, http://www.bloomberg.com/news/2013-09-17/facebook-google-face-brazil-storage-mandate-on-snowden-leak-1-.html.

[3] Eg http://www.theguardian.com/society/2014/jan/19/nhs-patient-data-available-companies-buy

[4] Something the U.S. government has complained about: http://www.ustr.gov/sites/default/files/2014%20NTE%20Report%20on%20FTB.pdf.

[5] Inside U.S. Trade - 08/23/2013.

[6] http://www.nytimes.com/2013/06/08/technology/tech-companies-bristling-concede-to-government-surveillance-efforts.html?pagewanted=all

[7] http://www.theguardian.com/world/2013/jun/06/us-tech-giants-nsa-data

[8] http://www.theregister.co.uk/Print/2013/11/27/microsoft_encryption_nsa_spying/, http://www.theregister.co.uk/2013/10/31/nsa_and_uk_hacked_yahoo_and_google_data_center_interconnects_report

[9] Contohnya http://arstechnica.com/information-technology/2013/12/inside-the-nsas-leaked-catalog-of-surveillance-magic/, http://www.theguardian.com/world/2013/jul/11/microsoft-nsa-collaboration-user-data

[10] http://www.centerfordigitaldemocracy.org/sites/default/files/NSATTIPHandout1217.pdf

No comments:

Post a Comment