اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, May 15, 2014

[ TERBARU KAJIAN ] PARTI POLITIK DAN PDRM (POLIS) PALING RASUAH

 Hasil tinjauan Transparency International Malaysia (TI-M) yang menunjukkan parti politik dianggap sebagai paling dirasuah dalam negara, memperlihatkan petanda rakyat Malaysia hilang kepercayaan terhadap sistem demokrasi negara, kata badan anti rasuah dan penganalisis.


Kesedaran itu timbul berikutan kos kehidupan semakin meningkat selain capaian akses Internet yang memberi pendedahan kepada rakyat tentang kesan amalan rasuah yang menjejaskan hidup mereka.
Badan tinjauan bebas Merdeka Center berkata hasil kajian TI-M itu padan dengan keputusan yang dijalankan mereka.




 


Pengarahnya Ibrahim Suffian berkata rakyat Malaysia mendakwa pernah berdepan dengan situasi rasuah daripada sekecil-kecil kes apabila polis meminta 'duit kopi' sehingga sebesar-besar rasuah (melibatkan ahli politik) sebagai masalah serius.

Laporan Barometer Rasuah Malaysia (MCB) 2014 yang dikeluarkan TI-M semalam mendapati rakyat Malaysia melihat parti politik tempatan lebih kuat rasuah berbanding polis, penjawat awam, ahli Parlimen dan badan perundangan.

Kajian menemubual 2,000 rakyat Malaysia sebagai responden, 45% daripadanya berkata parti politik paling dirasuah, dengan polis (42%), pegawai dan penjawat awam (31%) dan ahli Parlimen serta pengamal undang-undang (23%).

Kaji selidik itu berbeza berbanding Barometer Rasuah Sedunia, yang mendapati 78% responden menamakan polis sebagai sektor paling teruk dilanda rasuah di Malaysia.

Tinjauan MCB menunjukkan persepsi terhadap usaha kerajaan menangani rasuah semakin merosot, apabila 38% rakyat Malaysia menganggap usaha itu tidak berkesan.

Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW), Rafizi Ramli berkata, rakyat Malaysia sudah mula bijak mengaitkan antara pembaziran dan rasuah yang dilakukan kerajaan dengan kehidupan harian mereka.

Kesedaran tinggi ditambah pula dengan kemudahan akses internet di setiap lapisan masyarakat menyedarkan mereka mengenai nilai wang mereka semakin mengecil disebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

"Sejak kebelakangan ini kedudukan kewangan semakin teruk. Ketika rakyat sedang ikat perut ekoran harga minyak naik, mereka melihat kroni politik memperoleh projek besar daripada kerajaan.
"Sebelum ini mereka tak nampak kaitannya. Tetapi sekarang mereka sedar jika rasuah tidak ditangani ia akan menjejeaskan masyarakat awam," kata Rafizi.

Dr Wong Chin Huat, Fellow di Institut Pulau Pinang, berkata keputusan kajian itu membimbangkan, dan percaya kemungkinan salah guna dana awam bukan hanya membabitkan projek untuk kroni sahaja, malah lebih buruk kerana menyelamatkan projek "sakit".

Persepsi rasuah terhadap parti politik turut menggambarkan rakyat sedar bahawa semakin berkuasa sesebuah parti, semakin besar amalan politik tawar-menawar (horse-trading), kadangkala membabitkan kedua-dua parti pemerintah mahupun pembangkang.

"Lebih mengecewakan, rakyat merasakan mereka tidak ada kuasa mengawal keadaan ini sedangkan secara teorinya pengundi boleh menghukum mereka di peti undi," kata Wong.

Kajian TI-M itu bagaimana pun mendapat reaksi negatif daripada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed,  yang menganggap rakyat Malaysia masih belum matang menilai usaha kerajaan menangani rasuah.

Nur Jazlan berkata, masyarakat lebih gemar menilai berdasarkan rasuah yang ditonjolkan di media daripada melihat sendiri ukuran indeks daripada Putrajaya secara keseluruhannya.

"Rakyat menunjukkan sikap tidak matang apabila membabitkan polisi kerajaan. Ada banyak lagi kaedah ukuran yang dipakai," kata Nur Jazlan.

"Jangan pilih kes tertentu. Kebelakangan ini ada penurunan angka kes pembaziran wang awam.
"Jika dilihat kes besar seperti NFC juga, tindakan sudah diambil dan kes dibawa ke mahkamah," katanya merujuk kepada skandal membabitkan suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berhubung penyalahgunaan pinjaman kerajaan berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation yang diterajuinya. – 15 Mei, 2014.

tmi

No comments:

Post a Comment