اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, May 14, 2014

'Segera kemuka usul undi tak percaya'


Seorang MP DAP Datuk Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz mencadangkan agar PAS memulakan usaha agar DUN Terengganu mengadakan sidang khas untuk mengemukakan undi tidak percaya ke atas menteri besar baru.

Mohamad Ariff Sabri berkata beliau yakin tindakan berkenaan menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak panik kerana langkah berkenaan didakwa akan mendapat sokongan dari ADUN Umno yang bertelagah.

“Mohonlah supaya diadakan sidang khas dan saya boleh jamin, Najib akan panik,” kata MP Raub itu lagi.

Mohamad Ariff dalam tulisannya di blog sakmongkol.blogspot.com mendakwa memahami niat sebenar di sebalik pengumuman tiga orang wakil rakyat Umno Terengganu, termasuk bekas menteri besar Datuk Ahmad Said, untuk keluar parti.

Katanya, Ahmad Said dan dua lagi – Roslee Daud dan Ghazali Taib – hanya mengumumkan perkara itu sebagai ancaman untuk memberi ruang bagi rundingan.

Namun, ancaman lebih besar bagi Najib adalah wakil rakyat yang membuat bantahan dalam diam, katanya yang menambah, golongan ini akan menyokong sekiranya usul tidak percaya dikemukakan dalam Dewan.

Beliau seterusnya meminta presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga ADUN Rhu Rendang untuk mengemukakan petisyen kepada Speaker untuk mengadakan sidang tersebut.

“Kemudian, beliau boleh mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas menteri besar baru. Kita tengok bagaimana perkembangannya.

“Mungkin pada hari itu ada wakil rakyat Umno yang menguzurkan diri kerana sakit, keracunan makanan atau apa-apa sakit yang sesuai,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai lagak yang ditunjukkan Ahmad Said dan dua lagi ADUN itu, Mohamad Ariff berkata beliau percaya ia hanyalah untuk mengurangkan tekanan dari pucuk pimpinan parti Umno.

“Orang dengan sifat pemarah seperti Ahmad Said ini bukan boleh memadamkannya dengan cepat. Beliau dan penyokong serta orang yang sependapat mungkin sudah berdiam diri sejak sekian lama.

“Maka PAS tidak harus berlengah lagi untuk meminta sidang khas diadakan di DUN. Speaker tidak boleh menolak. Jika Speaker tangguh, Hadi boleh menghadap Sultan,” katanya lagi.

-Malaysiakini


No comments:

Post a Comment