اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, May 21, 2014

PRK Teluk Intan: Samseng UMNO buat kacau, halau calon DAP


_DSC0455

TELUK INTAN, 21 MEI: Kempen calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di tapak pasar malam Perumahan Awam Kampung Padang Tembak, petang tadi, kecoh apabila dua pemuda dipercayai upahan BN membuat kacau dengan menghalau dan menghamburkan kata-kata kesat pada beliau dan pimpinan DAP.



Dua pemuda itu yang menaiki motor Yamaha RXZ dengan no plat BJF 30 dan Yamaha BHD 5514 datang dan menghalang laluan pasar malam.

Kedua-dua mereka meninggikan enjin motorsikal tanpa henti.
Salah seorang dari mereka memakai topi berwarna biru dengan logo dan tulisan ‘Barisan Nasional’ menjerit, “Ini kawasan Melayu, tempat Melayu, blah-blah. Balik!
Seorang penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang cuba memenangkan dua samseng tersebut nyaris dipukul.

Keadaan reda seketika selepas sekitar 2 minit, namun mereka berdua dan beberapa orang pemuda berbaju Barisan Nasional datang semula di penghujung pasar.
Mereka sekali lagi memaki hamun dan menjerit, “Orang kata balik, baliklah. Bila nak habis? Ini tempat aku, tempat Melayu!”

Keadaan kecoh dan provokasi melampau samseng BN itu menyebabkan beberapa anggota polis bermotor datang ke tapak pasar malam.
Polis menenangkan samseng tersebut, namun tiada sebarang tangkapan dibuat.


 – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment