اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, May 29, 2014

Menteri Ni Terkantoi.. Elak Soalan Wartawan

 


Menteri Kabinet yang terlibat dengan skandal kelulusan pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM32 juta hari ini menolak untuk memberikan sebarang jawapan kepada wartawan hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek meninggalkan majlis sebaik sahaja selesai merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Francais Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan hanya melambaikan tangan kepada wartawan yang bertanya tentang skandal itu.
Pegawainya memberitahu media, beliau perlu tergesa-gesa meninggalkan majlis berkenaan untuk menyertai satu lagi acara lain.
Semalam ketika The Malaysian Insider menghubunginya, beliau memberitahu:"Saya sedang makan, saya tidak boleh menjawab panggilan semula."Beliau tidak menjawab panggilan telefon dan pesanan ringkas SMS yang dihantar.

 ~mk

No comments:

Post a Comment