اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, May 21, 2014

Mahfuz menang rayuan kes fitnah Berita Harian


HARAKAHDAILY


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan akhbar Berita Harian kepada Datuk Mahfuz Omar berkait satu artikel fitnah yang disiar akhbar itu.

Keputusan itu sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diberikan pada 19 Ogos 2009 yang memerintahkan akhbar itu membayar gantirugi RM150,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dalam keputusan petang tadi Hakim Datuk Hishamuddin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim menyatakan, bahawa Mahkamah sebulat suara berpendapat tiada merit rayuan Berita Harian dan tiada kesilapan ke atas keputusan hakim Mahkamah Tinggi, Dato Mohd Yazid Mustafa .

Mahkamah juga mengarahkan Berita Harian membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS.

Dua lagi panel hakim yang lain adalah Datuk Aziah Ali dan Puan Lim Yee Lan.

Mahfuz dalam tuntutannya sebelum ini mendakwa laporan muka hadapan bertarikh 9 November 2000, dengan ayat "pihak pembangkang sekali lagi membuat kecoh di Dewan Rakyat hari ini apabila seorang Ahli Parlimen PAS mencabar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk bertumbuk bagi menyelesaikan perbalahan" adalah satu fitnah jahat ke atas beliau.

Menurut Mahfuz, ini kerana ia telah memberi maksud bahawa beliau adalah ahli parlimen yang ganas, suka bertumbuk dan suka mengajak orang lain bergaduh.

Mahkamah Tinggi memutuskan berita itu adalah fitnah kerana apa yang diterbitkan oleh Berita Harian itu tidak menggambarkan suasana sebenar yang berlaku dalam Parlimen sepertimana dalam laporan Hansard.

Mahkamah juga memutuskan bahawa berita itu dengan sengaja meninggalkan fakta laporan Hansard di mana ajakan bertumbuk bukan datangnya dari Mahfuz sebaliknya dari Ahli Parlimen BN iaitu Ahli Parlimen Tampin Dato Shaziman Mansor.

Kes ini juga agak luar biasa kerana sebelum ini pihak Berita Harian telah menarik balik rayuan mereka, dan kemudiannya memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan kali kedua dan dibenarkan Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Tan Sri Raus Sharif, walaupun dibantah oleh peguam.

Pada pendengaran rayuan hari ini Mahfuz diwakili oleh firma Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Berita Harian diwakili oleh Ned Segaram dari Tetuan Shearn Delamore & Co.

- HARAKAHDAILY 21/5/2014

No comments:

Post a Comment