اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, May 23, 2014

Lagi laporan rasuah Taib Mahmud, mana SPRM? Oleh Azuan Ab Rahman

  


KUALA LUMPUR : Tindakan Ketua Pendakwaraya sebuah agensi rasmi penentang jenayah Norway, Økokrim menghantar laporan dakwaan rasuah melibatkan firma milik Kerajaan Negeri Sarawak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini sama sekali tidak akan memberi kesan kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ini kerana kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Zulhaidah Suboh, suruhanjaya itu sendiri bertindak seolah-olah penyelamat kepada bekas Ketua Menteri Sarawak itu.

Taib lagiIa terbukti apabila badan pencegahan jenayah itu gagal melakukan sebarang pendakwaan terhadap Taib yang terpalit dengan isu rasuah walaupun diketahui umum sebagai tidak bersih.“SPRM sendiri melindungi Taib, mereka menggunakan tangan ghaib untuk menutup setiap kes rasuah melibatkan Taib.

“Jika SPRM benar-benar telus dan berintergriti, sudah pasti mereka tidak akan biarkan Taib terlepas begitu saja,” tegas Zulhaidah ketika dihubungi.

Beliau juga tidak menolak bahawa pegawai penguatkuasa telah diugut atau dijanjikan habuan supaya tidak menyiasat Taib.

Bruno Manser Fund (BMF) dalam kenyataan media dilapor berkata, Ketua Pendakwaraya dari Økokrim menemui SPRM bagi menyerahkan laporan berhubung kes melibatkan Sarawak Energy Bhd yang dikaitkan dengan Taib dan Ketua Pengarah Eksekutif Norway, Datuk Torstein Dale Sjøtveit.

BMF memfailkan aduan kepada Økokrim November lalu berikutan Sjøtveit menganugerahkan kontrak bernilai lebih US$200 juta (RM642 juta) kepada syarikat yang dikaitkan dengan Taib.

Ketua Pendakwaraya Jenayah Ekonomi Normay bagaimanapun berkata kepada BMF, beliau tidak mempunyai kuasa memulakan prosiding jenayah terhadap Sjøtveit kerana dakwaan salah laku jenayah itu berlaku di Malaysia.

Dengan perkembangan ini, BMF menyeru SPRM supaya bertindak terhadap Sarawak Energy dan menghapuskan amalan rasuah dalam syarikat itu.

Namun Zulhaidah percaya, Taib akan terus kebal dari sebarang tindakan SPRM selagi Barisan Nasional mentadbir Malaysia.

“Selagi BN memerintah, tiada siasatan akan dijalankan terhadap Taib.

“Kalau kita mahu tahu apa sebenarnya terjadi dan melihat beliau dihukum, satu perkara yang perlu kita buat adalah dengan menumbangkan BN terlebih dahulu,” kata Zulhaidah.

BMF merupakan pengkritik Taib terhadap dakwaan rasuah sebelum ini mendakwa keluarga Taib mempunyai anggaran aset bernilai US$20 bilion (RM66.7 bilion) dan turut mempunyai hartanah di Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Laporan pada Februari lalu bagaimanapun mendapati, SPRM gagal menemui bukti salah guna kuasa dalam siasatan mereka.

Kertas siasatan SPRM terhadap Taib dibuka sejak lima tahun lalu ketika Taib masih lagi menjawat jawatan Ketua Menteri.




No comments:

Post a Comment