اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, May 15, 2014

'Krisis tak selesai, saya kenal siapa Mat Said'


SALMIYAH HARUN




KUALA LUMPUR: Pergolakan sebenar yang berlaku di dalam Umno Terengganu hakikatnya masih belum selesai kerana krisis itu melibatkan banyak masalah di peringkat dalaman, demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut.

"Kalau dikatakan selesai ianya berpura-pura sahaja sebenarnya tidak selesai lagi. Mungkin yang hendak diselesaikan kenduri kahwin anak Ahmad Said sahaja,"katanya.

Masalah dalaman yang gagal diselesaikan, katanya akan turut menjejaskan kerajaan sehinggakan tidak boleh menumpukan sepenuhnya kepada soal kelancaran dalam pentadbiran.

"Umno di peringkat pusat tidak tahu pergolakan sebenar yang berlaku di dalam Umno Terengganu, sebab itu mereka kata berjaya selesaikan krisis negeri ini dalam masa 48 jam.

"Mungkin bagi Umno, kembalinya Ahmad Said kepada Umno maka selesailah krisis di Terengganu. Krisis ini sebenarnya bukan setakat itu sahaja," katanya kepada Harakahdaily.

Oleh kerana itulah, katanya sesebuah kerajaan yang lemah sukar untuk berfungsi dengan baik dan ianya harus dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang mereka pilih.

Mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan Umno berjaya menyelesaikan krisis politik Terengganu kurang daripada 48 jam, Abdul Wahid dengan spontan memberi komen "air yang tenang jangan disangkakan tiada buaya'.

Mengimbau insiden perbahasan antara beliau dengan Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang mana video rakaman tersebut tersebar meluas di media sosial ketika ini, Abdul Wahid akui Ahmad Said seorang yang sangat sensitif.

Bagaimanapun Abdul Wahid yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu, menyenangi sikap Ahmad Said kerana dia tidak menyimpan perasaan dendam dengan sesiapa termasuklah dirinya sendiri.

"Dia (Ahmad) beremosi pada waktu itu sahaja (semasa perbahasan), sebaik sahaja keluar dewan dia terus peluk saya dan kami minum teh sekali. Dia bagus sebab dia tidak ada dendam.

"Emosi dia kadang-kadang tidak boleh kawal dan marah dia hanya pada waktu itu sahaja kemudian dia sejuk balik. Kita di dalam dewan biasalah hujah penuh semangat, emosi pada waktu tu tidak dapat dikawal. Saya tidak ambil hati dengan beliau dan kenal sangat perangai dia. Memang macam itu," katanya.

Abdul Wahid mengenali Ahmad Said sejak tahun 1990 selepas bekas Menteri Besar Terengganu itu menang dalam pilihan raya kecil pada tahun itu.

Pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 2009, Ahmad membenarkan PAS menggunakan stadium negeri untuk majlis perisytiharan calon.

Pada pilihan raya itu, Abdul Wahid sebagai calon PAS menang bagi kerusi parlimen itu.

Terdahulu, Datuk Ahmad Maslan mengatakan Umno berjaya menyelesaikan krisis politik di Terengganu dalam masa kurang daripada 48 jam.

Beliau berkata walaupun krisis ini memberikan kesan negatif kepada BN, kesan tersebut tidak terlalu ketara kerana isu ini dapat diselesaikan dalam tempoh singkat.

- HARAKAHDAILY 15/5/2014

No comments:

Post a Comment