اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, May 21, 2014

Kita perlu lebih ramai Dyana Sofya dalam politik, kata Marina Mahathir

 - OLEH MD IZWAN


 
Datin Paduka Marina Mahathir puji calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud seorang wanita muda yang bijak dan layak diberi peluang dalam politik. Gambar fail The Malaysian Insider.
Datin Paduka Marina Mahathir puji calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud seorang wanita muda yang bijak dan layak diberi peluang dalam politik.  Datin Paduka Marina Mahathir enggan dikaitkan dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tetapi mempersoalkan kegagalan Barisan Nasional (BN) melahirkan calon wanita muda.






Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, 
 Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, beliau menyokong mana-mana calon wanita muda yang bertanding.

"Saya tidak kisah apa parti beliau (Dyana), beliau muda, perempuan dan kita jarang lihat ia berlaku.  Beritahu saya siapa yang sama tarafnya dalam BN?
 
"Adakah kita memilikinya, atau seseorang. Saya sokong perempuan muda," kata Marina kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, walaupun banyak calon muda wanita dalam arena politik, contohnya Nurul Izzah Anwar, kebanyakannya adalah daripada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya BN.

"Ya, tapi beliau (Nurul Izzah) daripada pembangkang, dan tidak semuda Dyana," katanya.

Bagaimanapun, Marina enggan memberikan komen atau dikaitkan dengan pandangan ibu Dyana Sofya, Yammy Samad semalam yang mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, ketika menjawab mengenai kecaman Dr Mahathir terhadapnya.

Yammy berkata, beliau sehabis daya mahu Dyana Sofya mengikut jejak langkah seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Marina.

Sebelum itu, Marina dalam komen di Facebook juga mempertahankan Dyana, selepas dikritik sebagai terlalu mentah dan tidak berpengalaman.

Marina memuji Dyana kerana membidas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim yang menyentuh polisi pro-Bumiputera dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan menyifatkannya sebagai seorang yang ‘bijak’ dan berada di depan ‘melebihi kebanyakan ahli politik’.

Dyana Sofya, 27, adalah graduan jurusan undang-undang UiTM.

"Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis.
"Itu sudah tiga perkara, lebih baik daripada kebanyakan ahli politik," kata Marina melalui Facebook.

"Saya tidak faham mengapa ramai yang menentangnya hanya kerana beliau muda? Najib Razak (Perdana Menteri) menjadi menteri ketika berusia 26 tahun. Dyana hanya 27 tahun dan bertanding kerusi Parlimen. Kita perlu lebih ramai orang muda kerana mereka bawa idea segar," kata Marina.

Dyana Sofya menjadi fenomena selepas DAP, parti berbilang kaum tetapi mempunyai majoriti ahli berbangsa  Cina meletakkan calon Melayu bertanding di PRK Teluk Intan.

Banyak pihak mengkritik tindakan itu khususnya daripada Umno yang melabel Dyana sebagai pengkhianat  dan "cubaan mengelirukan".

BN pula meletak calon lama iaitu Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang juga pernah menjadi ahli Parlimen Teluk Intan sebelum ditewaskan oleh calon DAP bagi dua pilihan raya umum berturut-turut.

Penamaan calon bagi pilihan raya ini diadakan pada 19 Mei lalu dan pengundian awal ditetapkan pada 27 Mei ini. – 21 Mei, 2014.

Malaysia Insider


No comments:

Post a Comment