اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, May 29, 2014

DAP tangguh kempen PRK Teluk Intan hormati kemangkatan Sultan Perak - OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

 


Tony Pua

DAP hari ini mengumumkan segala kegiatan kempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan ditangguhkan buat sementara waktu bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata segala hal berkaitan kempen calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud akan diumumkan kemudian.

“Kempen ditangguhkan bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak dan tiada acara berkaitan media sehingga dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu mesej pesanan ringkas kepada pemberita.
Jika tiada sebarang halangan, PRK Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei ini bermula 8 pagi hingga 5 petang.Malam ini, Dyana dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya mengadakan kempen di Kampung Bahagia namun ia tidak diteruskan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung PRK ini sama ada akan diteruskan atau ditunda.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan Sultan Perak  mangkat pada jam 1.30 petang hari ini pada usia 86 tahun.
Baginda meninggalkan isteri, Raja Permaisuri Tuanku Bainun Muhammad Ali, seorang bekas guru, dan empat anak mereka iaitu Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah; Raja Datuk Seri Azureen Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.
Seorang lagi putera, Raja Ashman Shah meninggal dunia pada 2012.
Pengebumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar.
Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.
"Sepanjang tempoh berkabung tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan," 
katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM.
Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.
"Seluruh rakyat jelata negeri Perak kehilangan Sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.


"Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah di kalangan para anbiya, syuhada dan solihin," katanya dengan sebak. – 28 Mei, 2014.


No comments:

Post a Comment