اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, April 14, 2014

Polisi Kerajaan Umno BN: Yang benar dan jujur itu SALAH, khianat dan keparat itu BENAR


Polisi Kerajaan Umno BN
Yang benar dan jujur itu SALAH, khianat dan keparat itu BENAR

Sebenarnya kerana Umno lah Melayu binasa !!

Apakah hukumnya bersubahat dalam kerja-kerja kurafat, pembaziran dan pengkhianat terhadap perkara yang diamanahkan rakyat?
Sifat tolong menolong di antara satu sama lain memanglah digalakkan oleh Islam dengan syarat ianya di dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan, bukannya di dalam perkara dosa dan maksiat. Firman Allah Ta'ala:  
Tafsirnya : " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan." ~ ( Surah al-Mai'idah: 2 ) 
Adapun bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan maksiat bukan sahaja dilarang, bahkan Islam memerintahkan setiap orang Islam itu diperintahkan membanteras akan segala kemungkaran mengikut kemampuan masing-masing, sama ada dengan kekuatan tangan (kekuasaan), dengan lidah (nasihat) dan yang sekurang-kurangnya dengan hati iaitu dengan membencinya. Ini jelas sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri, dia berkata: 
Maksudnya : "Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda "Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman." ~  (Hadis riwayat Muslim)
Rakyat marhaen dibebani dengan seribu satu kepayahan dalam kehidupan seharian, harga barangan melambung tinggi, tekanan seakan budaya samseng dan lintah darat oleh kerajaan Umno BN dalam penguatkuasaan GST, kadar toll yang saban tahun meningkat, yuran persekolahan dan sumbangan dana PIGB yang tidak pernah susut serta pelbagai bebanan lain yang terpaksa digalas!

Dalam kepayahan yang tiada sudahnya dibebankan kepada rakyat marhaen, para menteri dan pemimpin kerajaan zalim regim Umno BN terus memborosi wang rakyat dan mengkhianati amanah yang diberikan.

Lebih menyedihkan; dalam beberapa insiden, apabila perangai dan pelakuan boros serta khianat yang dilakukan oleh para menteri Umno, pemimpin Umno BN dan sesetengah pagawai kerajaan yang tidak berhati perut didedahkan untuk maklumat rakyat, pelapor pula menjadi sasaran untuk dikenakan tindakan!

Maka benarlah apa yang difahami rakyat terbanyak bahawa para menteri Umno, pemimpin Umno BN dan sesetengah penjawat awam bertaraf tinggi seperti seorang Tan Sri ini adalah dari kelompok manusia yang mengikut perangai syaitan dan iblis; "yang benar dan jujur dinafikan haknya, manakala yang salah dan keparat dijulang".

Ini jelas mengiakan kenyataan Kerajaan Rakyat: "Polisi Umno BN: Yang benar dan jujur itu SALAH, khianat dan keparat itu BENAR".

Kepada rakyat yang masih pekak, bisu, tuli dan bahalol yang masih memilih Umno BN dalam setiap pilihan raya; ingatlah kerna pekak, bisu, tuli dan bahalol kalianlah maka kalian masih kekal dihempap dengan segala penipuan dari sehari kesehari oleh kezaliman kerajaan Umno BN tanpa kalian sedari.

Kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di bawah dengan jelas membuktikan bahawa tindakan beliau cuba menutup segala ketempangan dan kedurjanaan yang menjadi amalan regim zalim Umno BN.


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau berkata mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas  termasuk dipecat daripada jawatan mengikut Surat Pekeliling Am dan Arahan Keselamatan Kerajaan.

Justeru itu, beliau mengingatkan semua penjawat awam bahawa mereka bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kerajaan di agensi masing-masing bagi menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Maka, usaha perlu dipergiatkan untuk memastikan tidak berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan.

"Penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan boleh dipecat, bergantung kepada rahsia yang dibocor,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Ironman 70.3 Putrajaya di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar supaya mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen tidak sah berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 8 April lepas.

Baru-baru ini, Anggota Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mempersoalkan lawatan lima hari Muhyiddin ke Dubai yang didakwa mereka tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Ali berkata beliau belum menerima laporan rasmi berhubung dakwaan kebocoran dokumen itu.

- Bernama
----------------------------------
Berita berkaitan: Muhyiddin bazir wang rakyat main golf di Dubai.

KUALA LUMPUR: Ketika rakyat berjimat cermat berikutan pelbagai kenaikan kos, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermewah-mewah membazirkan wang rakyat untuk bermain golf di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim membangkitkan perkara ini susulan dokumen bocor di blog ‘peniup wisel‘ yang memuatkan jadual Muhyiddin di negara itu.

Beliau berkata, lawatan kerja lima hari Muhyiddin ke Dubai mulai semalam lebih banyak dibazirkan dengan aktiviti golf berbanding urusan kerja, mengakibatkan pembaziran wang rakyat selaku pembayar cukai.

Ini berikutan tugas rasmi Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan hanya antara jam 10 pagi hingga 1 petang hari ini, 9 April.

“Jadual lawatan kerja Muhyiddin ke Dubai kononnya menghadiri pameran Pendidikan dan Latihan Teluk (Getex) 2014 diisi dengan program peribadi dan menghabiskan masa dengan acara golf.

“Beliau habiskan lima hari di Dubai untuk tiga jam program rasmi berkaitan pendidikan, 10 jam di padang golf dan dua hari untuk program peribadi,” kata Steven pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan telah menerima peruntukan terbesar sebanyak RM54 bilion dan dibelanjakan secara tidak tentu hala.

Beliau membidas penyaluran peruntukan tersebut yang sepatutnya lebih kepada soal pendidikan bukannya untuk percutian mewah dengan pakej bermain golf.

“Kami gesa Kementerian Pendidikan dan Ketua Audit Negara memberikan penjelasan dan siasat bukan sahaja lawatan ke Dubai malah mana-mana perjalanan Muhyiddin yang lain,” tegasnya.
--------------
Berikut adalah senarai delegasi yang mengikut TPM ke Dubai selama 5 hari untuk "lawatan golf". Cuba perhatikan betapa ramainya pegawai lantikan politik serta kuncu-kuncu peribadi berbanding pegawai kementerian pendidikan. Siapa yang bayar?
Senarai nama pengkhianat dan perakus dana rakyat

No comments:

Post a Comment