اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, April 2, 2014

Perjanjian Air Selangor & Kerajaan Pusat sudah tidak releven..!

 Perjanjian Air Selangor & Kerajaan Pusat sudah tidak releven..!


MB: MOU air tak akan didedah kerana tak relevan lagi
Perjanjian Persefahaman (MOU) mengenai isu air antara kerajaan Selangor dan persekutuan sebelum ini, tidak akan didedahkan kerana telah tidak relevan lagi, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.



Katanya, MOU yang dimeterai pada 26 Februari dianggap berakhir apabila syarikat konsesi air tidak menerima tawaran RM9.65 billion untuk tawaran pengambilalihan yang tamat pada 21 Mac lalu.

Khalid berkata satu perjanjian baru ini akan dibuat di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) dan memberi fokus agar pengambilalihan seterusnya tidak boleh dicabar di mahkamah.

"Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Macinus Ongkili dan saya telah bersetuju untuk menyambung semula perbincangan Jumaat ini bagi menyelaraskan proses memastikan industri air dipulangkan kepada kerajaan negeri," kata Abdul Khalid dalam sidang media hari ini.
Komplikasi undang-undang

Menurut Khalid lagi, dokumen perjanjian telahpun disediakan minggu lalu dan bakal dibawa untuk perbincangan bersama kerajaan pusat Jumaat ini.

Beliau menjangka perbincangan mengenai mekanisme dan modus operandi pengambilalihan terbaru ini akan mengambil masa yang lama kerana melibatkan peruntukan undang-undang.
"Walaupun proses perbincangan ini mengambil masa yang lama tapi ianya perlu agar penguatkuasaan dibuat selari dengan undang-undang WSIA serta tidak boleh dicabar di mahkamah oleh mana-mana pihak yang tidak berpuas hati.
"Kita yakin mekanisme atau modus operandi yang akan diguna pakai untuk mengambilalih perkhidmatan air akan menguntungkan kerajaan negeri kerana pampasan yang perlu dibayar kepada pemegang konsesi lebih murah berbanding tawaran awal sebanyak RM9.65 bilion," kata beliau.

Malaysiakini difahamkan Khalid telahpun bertemu dengan pihak Peguam Negara untuk membincangkan tafsiran kerajaan pusat berkenaan WSIA.
Sementara itu, Khalid berkata program catuan air hanya akan ditamatkan a selepas paras air di semua empangan mencecah 55 peratus.

Beliau bagaimanapun yakin paras empangan akan kembali stabil pada bulan ini.
"Sekarang masih ada lagi empangan yang bawah paras 40 peratus... Kalau dah melebihi 55 peratus, baru catuan air ditamatkan," kata beliau.

No comments:

Post a Comment