اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, April 3, 2014

Najib Pasti Terkedu Dengan Berita Gempar Ini..

 


Penculikan dua wanita, termasuk seorang pelancong berumur 29 tahun dari Shanghai, di sebuah resort dekat Semporna, Sabah bakal menyukarkan hubungan antara Malaysia dengan China dan juga mengurangkan kedatangan pelancong ke negara ini, lapor sebuah laman berita.

Kejadian berlaku ketika China dan Malaysia, yang selama ini mempunyai hubungan yang panjang, cuba memperbaiki hubungan yang rosak teruk akibat kehilangan pesawat Penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, lapor laman berita Quartz.

Walaupun duta China ke Malaysia memberi jaminan semalam bahawa hubungan antara dua negara terus kukuh, dan menyalahkan media barat kerana mempermainkan isu MH370, reaksi marah dari rakyat China dan media di Beijing ke atas kehilangan pesawat itu menyebabkan ramai yang memerhatikan hubungan kedua-dua negara.

Penculikan rakyat China dan Filipina juga dijangka akan mengganggu industri pelancongan di Malaysia yang sudah kehilangan ramai pelancong akibat tindakan agensi pelancongan dan pelancong China kerana kelemahan dalam penyiasatan MH370.

Penculikan terkini itu tersebar bagaikan api dalam laman sosial China, Sina Weibo, di mana gambar yang dikatakan kejadian itu disebarkan.

"Mengapa pergi ke sana?" tanya seorang pelawat China dalam laman itu. "Hidup gembira, jauhkan Malaysia," kata seorang lagi.

Ekoran kejadian MH370, Putrajaya menggantung kempen Lawat Malaysia 2014.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Parlimen, tindakan itu dilakukan bagi menghormati keluarga penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang.

"Kementerian menghentikan promosi itu khasnya di China sehinggalah pesawat itu ditemui," katanya.

Dua pertiga dari penumpang MH370 adalah warga China.

Agensi pelancongan di China juga melaporkan kejatuhan yang mendadak pelawat China ke Malaysia ekoran gesaan boikot dari selebriti China.

"Sepanjang dua minggu lalu, jumlah pelanggan dari utara China pergi ke Malaysia jatuh 50%," kata Dun Jidong, pengurus pemasaran kanan di CTrip.com, laman web untuk tempahan pelancongan terbesar di China, kepada South China Morning Post (SCMP).

"Berbanding dengan tempoh masa yang sama tahun lepas, kejatuhan ini sangat drastik. Ia termasuk kumpulan dan pelancong bebas," kata Dun.

Tiga lagi agensi pelancongan terbesar di China juga melaporkan perkara yang sama, kejatuhan pelawat China ke Malaysia.

SCMP melaporkan bahawa China International Travel Service, China Youth Travel Service dan BTG International Travel and Tours melaporkan kejatuhan itu.

China Youth Travel Service juga menghentikan kerjasama dengan Malaysia Airlines untuk pakej pelancongan ke Kota Kinabalu dan menjanjikan pulangan penuh kepada pelanggan yang mahu membatalkan tempahan mereka.

Malaysia menyasarkan kedatangan 28 juta pelancong tahun ini dan menjangka RM76 bilion pendapatan daripadanya.

Menurut Tourism Malaysia, 1.79 juta rakyat China melawat negara ini tahun lalu, kenaikan 15% berbanding tahun sebelumnya.

China adalah negara ketiga paling ramai melawat Malaysia di mana pelancongan adalah penyumbang keenam kepada GDP negara ini.

Penganalisis memberitahu SCMP, Malaysia boleh kehilangan RM4.2 bilion daripada hasil pelancongan, ekoran pelancong China memilih destinasi lain ekoran tragedi MH370.

Luo Juan, penganalisis kanan kepada Forward Information memberitahu SCMP, dia menjangkakan kejatuhan 20-40% pelancong China ke Malaysia tahun ini.

"Ia mewakili 400,000 ke 800,000 pelancong," katanya.

Dua yang diculik malam tadi adalah Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China. Seorang lagi adalah pekerja Filipina yang belum dikenal pasti. Mereka dibawa lari dari Singamata Reef Resort.

Kejadian terbaru ini selepas insiden seumpama berlaku tahun lalu: dua kes membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom.

Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah akan membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat petang ini susulan penculikan malam tadi.

Ahli Parlimen Sandakan daripada DAP, Stephen Wong Tien Fatt, berkata langkah ini adalah perlu kerana ia melibatkan kepentingan awam.
~tmi

No comments:

Post a Comment