اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, April 22, 2014

Malaysia cuba pujuk Pewaris Penumpang MH 370 dengan wang...??

 


Sumber, sila klik di sini

Saudara-mara penumpang pesawat  MH370 yang hilang dalam penerbangan telah 'melahirkan rasa tidak puas hati' dengan satu pertemuan bersama pihak berkuasa Malaysia di mana pampasan kewangan telah dibincangkan.

 Dalam satu kenyataan, pewaris keluarga itu berkata sehingga "sekurang-kurangnya sedikit  bukti kecil kukuh " bahawa pesawat terhempas ditemui, pihak berkuasa tidak harus cuba untuk menyelesaikan kes itu dengan bayaran pay-off.

"Tiada laporan yang bermakna mengenai kemajuan siasatan telah diberikan" pada pertemuan itu, pewaris keluarga itu , sambil menambah bahawa "tidak satu pun" daripada soalan-soalan mereka dijawab.
Sebelum ini dilaporkan, Jawatankuasa Waris Penumpang yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin akan mengumumkan pelan bantuan kewangan dan pelan tindakan kepada waris penumpang MH370 sebaik sahaja pulang dari Beijing, China pada Khamis ini.

Isu bantuan kewangan adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuan antara Hamzah dengan kira-kira 40 waris di sebuah hotel semalam.Ikuti laporan sepenuhnya di sini

No comments:

Post a Comment