اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, April 26, 2014

Hukum Hudud - Aku setuju PAS menyahut cabaran pemimpin DAP!

 


Perlaksanaan hukuman Hudud di negeri Kelantan yang sedang kecoh diperkatakan.. apa yang aku nampak PAS akan berhadapan dengan UMNO dan rakan-rakan parti BN adalah musuh penghalang utama, manakala parti PKR dan DAP rakan PAS dalam Pakatan boleh diumpamakan seperti anak-anak remaja Islam yang perlu diberikan kefahaman menyeluruh...

 Akibat dari kekurangan kefahaman mengenai hukuman hudud yang sepatutnya pimpinan PAS perjelaskan dengan terperinci kepada rakan parti dalam Pakatan maka keluar kenyataan sedemikian...


"Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat.

PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada Pakatan Rakyat"


Baca sepenuhnya Klik Sini

Pertama sekali, tujuan utama PAS berpolitik rasanya tak perlu diperjelaskan lagi, semua ahli-ahli parti dan penyokong dah tahu .... 

Jadi kalau difikirkan semula, selagi duduk dalam Pakatan Rakyat pun tak boleh juga nak laksana hukuman hudud,, PKR dan DAP tetap tak setuju,, nak tunggu untuk kalah BN dalam Pilihanraya umum pun boleh dikatakan amat sukar sekali selagi SPR dibawah pengaruh Umno dan apa yang boleh aku katakan Pakatan Rakyat rasanya hanya mampu menghalang 2/3 majoriti kerusi BN sahaja...

Dalam tempoh kurang lebih 3 tahun lagi untuk menempuhi PRU14, rasanya PAS masih ada masa dan belum lagi terlambat untuk menyahut cabaran tersebut... adalah lebih baik sesekali Pas menunjuk anak jantan kepada rakan parti DAP dan PKR demi atas nama nak kan hukuman Islam..

TETAPI PAS WAJIB INGAT !!...

Jangan sesekali nak pi bergabung atau bekerjasama dengan Umno, kerana yang utama sekali umno sendiri parti yang menolak Islam,, itu kenyataan dan fakta,, janganlah Pas percaya dengan kepura-puraan Umno... biarlah PAS bersendirian, cukoplah sekali Pas dah kena tendang dengan umno keluar dari BN sebelum ini,, Pas kena ingat, pengundi-pengundi atas pagar yang menentukan kemenangan disetiap peti undi bila pilihanraya,, dan mereka-mereka ini semuanya majoriti menolak parti umno...

Yang paling penting pemimpin atau bakal calon-calon Pas perlu menunjukkan imej yang terbaik dimata pengundi, tak kira ustaz atau profesional...

Pas boleh bergerak secara bersendirian, Insya Allah, jika nawaitu ihklas kerana Islam, apakah Allah S.W.T tak akan membantu untuk memberi kemenangan,, percayalah, jika sekarang Pas hanya ada negeri Kelantan, maka PRU14 Pas boleh ambik kembali Terengganu dan Kedah.

Manakala dalam Dun seperti negeri Selangor dan jika ada peluang seperti di Perak, biarlah Adun-Adun Pas jadi kuasa penentu,, PR pun tidak, Umno pun tidak,, itu jam Adun Pas baru ada harga,, baru PKR dan DAP tahu nikmat dan bahana erti persahabatan dalam Pakatan...

1 comment:

  1. Satu cadangan yang sangat bernas dan bertepatan. Kalau duduk dalam Pakatan Rakyat pun Pas tidak dapat merealisasikan cita2 perjuangan untuk menegakkan Hudud waima di Kelantan oleh "sahabat2" ; lebih baik Pas berjuang bersendirian. Dalam banyak segi Pas sebenarnya telah rugi banyak apabila menyertai Pakatan terutama dalam PRU13 dulu kerana terpaksa menyerahkan kerusi2 kepada PKR. Dari segi undi juga Pas mengalami susutan sokongan terutama dari pengundi2 Melayu. Dengan kesedaran baru orang melayu mengenai islam, tidak mustahil Pas boleh merebut kembali Trengganu dan Kedah dan mungkin juga Perlis dalam PRU14 nanti. Bak kata orang putih, with friends like PKR and DAP, who needs an enemy?.

    ReplyDelete