اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, April 6, 2014

Dunia membisu lihat kekejaman regim Zonis As-Sisi

 

Oleh MOHD NASAIE ISMAIL 

KETIKA sampai ke Kaherah pada 30 Mei 2013, Mesir sedang panas dengan isu Empangan Nahdah yang hendak dibina oleh Ethiopia di Hulu Sungai Nil.

Pembinaan itu akan menyebabkan Mesir dan Sudan yang berada di Hilir akan menerima air yang semakin kurang.

Presiden Mesir ketika itu, Dr Muhammad Morsi telah mengadakan pertemuan dengan semua parti politik samada yang bersama kerajaan atau pembangkang untuk membincangkan kepentingan besar negara tersebut.

Sungai Nil ibarat nyawa kepada bumi Mesir yang menjadi tempat pergantungan hidup rakyat dan pertanian di Mesir

Namun, pembangkang yang telah membuat pakatan bernama Tamarud telah memboikot pertemuan tersebut dengan mengatakan tiada sebarang perbincangan lagi dengan ‘diktator Morsi’.
Ia istilah yang mereka gunakan untuk memburukkan Dr Morsi, kerana mereka sedang fokus kepada himpunan besar Tamarud pada 30 Jun 2013 untuk menggulingkan Morsi.

Jika di zaman Mubarak, tiada istilah pembangkang yang dominannya kerana diktator Hosni Mubarak sentiasa memenjarakan penentangnya khususnya daripada Ikhwan Muslimin dan lain lain parti. Bahkan media juga tertutup rapat kepada pembangkang di Mesir sejak zaman berzaman.

Dr Morsi yang memenangi pilihan raya Presiden dengan majoriti yang tipis, tetapi partinya Parti Kebebasan dan Keadilan Sejahtera (FJP) mendapat kemenangan yang besar dalam pilihan raya Parlimen.

Parti yang ditubuhkan Ikhwan Muslimin ini memenangi 45 peratus kerusi parlimen dan Parti An Nur yang ditubuhkan Dakwah Salafiah telah memenangi 25 peratus kerusi
Bermakna suara rakyat Mesir 70 peratus memilih parti Islam sebagai majoriti di parlimen. Baki 30 peratus dikongsi oleh parti parti lain. Walaupun mempunyai kerusi yang besar di parlimen, Dr Morsi tidak membentuk kerajaan monopoli.

Majoriti anggota kabinetnya daripada teknokrat termasuk Perdana Menteri Dr Hisham Kandil juga bukan orang politik.
Ketika hendak menggubal perlembagaan baru, panel jawatankuasa perlembagaan yang dilantik daripada pelbagai kelompok mewakili parti kerajaan dan pembangkang, NGO, Al Azhar dan wakil beraja.
Majoritinya bukan daripada Ikhwan Muslimin walaupun mereka menguasai 45 peratus parlimen tetapi penyertaan mereka tidakpun sebanyak itu dalam jawatankuasa tersebut.

Media bebas 

Media massa diberi kebebasan seluasnya. Daripada 12 akhbar utama, hanya 2 sahaja yang menyokong Mursi. Bakinya menghentam Presiden hari hari.
Gambar gambar firaun berwajah Mursi menjadi hidangan akhbar akhbar tersebut. Atas nama demokrasi, kerajaan tidak menyekat akhbar tersebut.

Tiba tiba kerajaan beliau digulingkan atas nama tidak demokratik dan mengembalikan diktator. Walaupun dalam banyak isu besar negara, mereka diajak sama untuk duduk sama dengan kerajaan membuat keputusan.

Kerajaan demokratik ini digulingkan diawal Julai setelah beberapa hari himpunan Tamarud dijayakan di Tahrir dan Istana Ittihadiah. Masih ingat lagi ketika Jerenal Abdel Fatah As Sisi mengumumkan penggulingan Dr Morsi, tidak berapa lama selepas itu, Dr Morsi pula mengumumkan bertahan sebagai presiden.

Beliau membuat kenyataan media ditika kelilingnya dipenuhi dengan tentera Pengawal Republik yang menjadi pengawal presiden. Mereka ini kekal mengawal Presiden walaupun dahulunya berkhidmat dengan kerajaan Mubarak.

Lalu selepas sidang media tersebut, tentera pengawal yang samalah yang menahan beliau di lokasi yang tidak diketahui. Sesetengah kerajaan yang diasaskan secara revolusi akan menukar terus pengawal keselamatan negara kepada kumpulannya yang bersenjata kerana bimbang kerajaan tersebut digulingkan.

Tetapi tidak untuk Morsi yang sangat demokratik dn mengekalkan semua kakitangan kerajaan sedia ada termasuklah pengawal presiden.
Hari ini setelah mereka digulingkan, ribuan di kalangan mereka dibunuh di jalan raya apabila bertahan di Dataran Nahdah dan Rubu’ah bagi mempertahankan kerajaan demokratik ini.

Hukuman mati dan tuduhan palsu 

Apabila hukuman mati dijatuhkan kepada 529 orang aktivis Ikhwan dengan tuduhan palsu tersebut, ia simbolik kepada politik ‘undemocratic’ itu tidak berakhir, bahkan baru bermula kembali.
Di kala ini, dimanakah pemimpin Tamarud dahulu yang memperjungkan demokrasi dan kononnya mahu menumbangkan diktator Morsi? Di manakah Muhammad Al Baradaie, Ahmad Syafik dan Hamdan Sobahi?

Mereka membuat kebangkitan demokrasi tetapi hasilnya dinikmati oleh As Sisi. Pembunuhan terhadap penyokong Morsi ini bermula dalam beberapa peristiwa iaitu buat awalnya ketika solat subuh di hadapan Bangunan Pengawal Republik.
Penyokong Morsi yang menyangka beliau ditahan di bangunan tersebut telah berhimpun secara aman sejak malamnya dan apabila subuh mereka ditembak ketika sedang solat.

Manakala peristiwa kedua berlaku sebelum subuh di hadapan pintu masuk Universiti Al Azhar Madinah An Nasr. Mereka ditembak ketika hendak pulang daripada Medan Rubu’ah.
Manakala peristiwa ketika ialah penghapusan atau penghangusan terus Medan Rubuah dan Nahdah yang berlaku pada awal bulan Syawal setelah hampir 50 hari mereka bertahan di dataran tersebut.

Peristiwa yang menggemparkan dunia tersebut telah mengakibatkan kematian lebih 5000 orang yang bukan sekadar ditembak, tetapi juga dibakar mayat mereka. Tidak cukup dengan itu, beberapa hari seterusnya pembunuhan dilakukan di Masjid Al Fattah Ramsis selepas solat jumaat.
Ini beberapa peristiwa pembunuhan di Kaherah daripada berpuluh operasi pembunuhan yang berlaku di seluruh negara termasuk Iskandariah, Tanta dan lain lain.

Selepas operasi tersebut, maka hampir 90 peratus pimpinan tertinggi Ikhwan dan pakatan politik Kebangsaan menolak rampasan kuasa telah ditangkap.
Namun kebangkitan rakyat tetap berlaku hampir setiap hari dan setiap jumaat.
Lalu hukuman ke atas 529 anggota Ikhwan ini, sebagai amaran keras kepada rakyat untuk hentikan kebangkitan.

Kebimbangan penulis bukan sekadar kebangkitan secara zahir tersebut.
Jika kematian dan kecederaan sepanjang tempoh penggulingan ini sejumlah 10 ribu. Ia cukup besar impaknya kepada Mesir. 10 ribu yang terbunuh sudah tentu mempunyai sekurang kurangnya 100 keluarga atau sahabat terdekat.

Balas dendam

Maka angka yang berdendam itu meluas dan besar kepada kerajaan perampas Mesir. Mereka ini pasti tidak akan berdiam diri.
Jika sebahagian daripada mereka mengambil jalan luar daripada batas demokrasi dan jalan damai, maka natijahnya sangat buruk kepada perjalanan panjang kerajaan Mesir.

Perang besar atau kecil, terbuka atau secara militan, akan mengakibatkan kemusnahan dan penderitaan yang besar kepada negara dan banyak pihak Tauladan Afghanistan yang sudah 30 tahun masih belum selesai konflik akibat peperangan yang panjang. Mesir sebagai laluan penting dunia di Laut Merah akan memberi kesan buruk kepada ekonomi dunia keseluruhannya.

Dunia yang mendiamkan diri terhadap tindakan rejim Mesir ini, seolah oleh bersetuju untuk melihat situasi tidak menentu melanda dunia. Seolah oleh juga mereka menjemput jalan luar daripada perdamaian dalam penyelesaian isu Mesir.
Sudut kedua ialah golongan yang menjadi mangsa dalam pembunuhan dan kekejaman ini akan muncul dengan lebih kreatif, bijaksana dan luar jangka untuk bertindak terhadap Mesir.

Kesemua kemungkinan ini tetap akan berlaku kerana bekas, keperitan akibat hilangnya nyawa ahli keluarga atau sahabat handai bukan sesuatu yang mudah untuk dihapuskan.
Dunia yang menonton tidak seharusnya berdiam diri.
Walaupun jumlah terkorban semakin besar, tiada istilah terlambat untuk menyelesaikan konflik tersebut.
Kembalikan hak kepada rakyat Mesir secara demokrasi dan penjenayah demokrasi mesti dihukum dunia. Dunia yang membiarkan rakyat Mesir bersendirian, memberi makna dunia yang menjemput lanskap baru politik dunia yang tidak akan tenteram kesan daripada politik Mesir tersebut.


No comments:

Post a Comment