اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, April 16, 2014

Beri kuasa pemerintahan tempatan kepada Wilayah Persekutuan Labuan !! Tulisan Oleh: Mohammad Syahmi Zurhan.

Photo: Beri kuasa pemerintahan tempatan kepada Wilayah Persekutuan Labuan !!  

Tulisan Oleh: Mohammad Syahmi Zurhan.

April 16, 2014.

Negara kita ialah negara persekutuan. Generasi awal negara kita berjuang membantah Malayan Union bagi menjamin negara kita kekal sebagai sebuah persekutuan. Dengan adanya persekutuan,wujudlah konsep wilayah persekutuan di Malaysia.

Konsep wilayah persekutuan pertama sekali diwujudkan oleh Amerika Syarikat ketika AS mewujudkan ibu negara mereka iaitu Washington, District of Columbia. 

Ia satu konsep yang baik bagi sebuah negara persekutuan kerana membolehkan kerajaan persekutuan mempunyai pusat mereka tersendiri kerana dalam persekutuan, setiap negeri mempunyai kedaulatan mereka tersendiri.

Namun begitu, kelemahan wilayah persekutuan ialah mereka tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang sendiri. Kelemahan itu diatasi dengan konsep home rule (pemerintahan tempatan). 

Ada wilayah persekutuan diberi home rule seakan-seakan sebuah negeri seperti dilaksanakan di Kanada dan Australia, ada yang diberi kuasa kerajaan tempatan seperti di AS. Semua pemegang kuasa eksekutif di negara-negara tadi dipilih oleh rakyat tempatan.

Wilayah-wilayah Persekutuan di Malaysia

Malaysia mempunyai 3 wilayah persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Melihat kepada keperluan sebuah pentadbiran yang lebih efisyen, kerajaan persekutuan perlu mengorak langkah melaksanakan home rule di semua wilayah persekutuan. Sebagai percubaan,mungkin boleh dimulakan di Labuan.

Labuan merupakan wilayah persekutuan yang terletak jauh di timur Malaysia. Sebagai wilayah yang jauh dari pusat kuasa kerajaan persekutan, Labuan wajarlah diberi lebih autonomi dalam menguruskan hal ehwal wilayah. 

Malah Labuan mempunyai sejarah unik sebagai Tanah Jajahan Mahkota British yang ditadbir oleh Rajah Putih Sarawak sebagai gabenornya sebelum diserahkan kepada Sabah. Dengan saiz dan populasi yang kecil membolehkan ia sebagai calon yang sesuai untuk menjadi perintis pemerintahan tempatan di wilayah persekutuan.

Bagaimana melaksanakan home rule di wilayah persekutuan?

Sebenarnya sudah wujud peruntukan yang boleh digunakan untuk mewujudkan pemerintahan tempatan di kawasan-kawasan terbabit. Kerajaan persekutuan boleh memberi kuasa bertaraf kerajaan tempatan sebagai permulaan kepada pemerintahan tempatan di Labuan.

Sebelum Akta Kerajaan Tempatan (1976) digubal, kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat melaui pilihanraya tempatan. Namun perlaksanaan akta terbabit menghapuskan pilihan raya tempatan seterusnya memberi kuasa kepada kerajaan negeri melantik kerajaan tempatan. 

Akta kerajaan tempatan 1976 memberi kuasa kepada kerajaan untuk memberikan pengecualian kepada kawasan-kawasan tertentu bagi membolehkan pilihan raya tempatan diwujudkan seterusnya membawa kepada penubuhan kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat.

Menstruktur kembali Perbadanan Labuan

Labuan perlu menstruktur kembali Perbadanan Labuan dengan mengasingkan kuasa penggubalan undang-undang Labuan kepada sebuah badan perundangan yang dipilih oleh rakyat. Mungkin boleh diwujudkan Dewan Tempatan Labuan dengan 11 Ahli sebagai badan perundangan Labuan.

Manakala di peringkat eksekutif, perlu diwujudkan jawatan ketua eksekutif Labuan yang dipilih sama ada melalui undi terus atauapun dalam kalangan 11 orang ahli Dewan Tempatan yang akan mengambilalih sebahagian besar kuasa pengerusi Perbadanan dan CEO Perbadanan Labuan sekarang. 

Pengerusi Perbadanan boleh dikekalkan sebagai wakil lantikan kerajaan persekutuan di Labuan tanpa kuasa eksekutif manakala jawatan CEO Perbadanan distruktur semula sebagai setiausaha wilayah.

Kesimpulan

Dengan pemerintahan tempatan, pentadbiran wilayah (dalam kes ini Labuan) akan lebih efisyen dan mesra rakyat kerana pemegang jawatan terpilih lebih bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih.Jika program perintis ini berjaya, maka bolehlah kerajaan persekutuan memulakan langkah seterusnya untuk memperkenalkan pemerintahan tempatan kepada wilayah-wilayah persekutuan yang lain. – 16 April, 2014.

* Penulis ialah pemerhati politik dan pendukung semangat federalism di Malaysia.

The Malaysian Insider.
 
No comments:

Post a Comment