اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, April 7, 2014

Bekas Pemain Arsenal Berjihad Jadi Pemberontak Di Syria.

 



Lelaki yang didakwa sebagai pemain Arsenal.



SUKAN

SEORANG pemberontak di Syria mendakwa dia merupakan bekas pemain Arsenal yang membesar bersama bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo. Lelaki yang mendakwa telah meninggalkan kehidupan mewah di Eropah itu dikesan mengeluarkan pengakuan tersebut menerusi dua rakaman video yang dimuat naik di laman web ekstremis.

Laman web tersebut antara lain turut menggesa penduduk di Ukraine menyertai Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Bekas anak didik Arsene Wenger itu dikesan menutup mukanya dengan kain hitam sambil memegang senjata api jenis, AK-47 dan bercakap dengan penonton dalam Bahasa Inggeris yang baik.

Dalam rakaman tersebut, lelaki itu mendakwa,

"Saya telah membesar dengan Ronaldo, bermain untuk Arsenal dan meninggalkan bola sepak, wang dan cara hidup mewah Eropah untuk mengikut jalan Allah."
"Saya juga dari Portugal dan menyertai kumpulan ini sejak dua tahun lalu.
"Nasihat saya kepada awak adalah kami memerlukan apa sahaja sokongan kepada mereka yang dapat membantu kami berlawan dengan musuh," katanya.

Lelaki itu juga berkata,

"Selamat datang  dan mari menyertai kami, kepada mereka yang berfikir tidak boleh bertempur mungkin kamu dapat membantu dengan cara lain.
"Sebagai contoh memberi bantuan perubatan, kewangan, nasihat dan apa-apa lagi yang ada pada kamu. Kami akan menerima apa sahaja sumbangan kamu yang ingin berjihad bersama," jelasnya.

Sementara itu, jurucakap Arsenal memberitahu, pihaknya tidak mengenali lelaki terbabit dan bersedia menyiasat dakwaan berkenaan kerana tidak mahu kelab yang sedang bersaing untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris itu diboikot gara-gara dikaitkan dengan pengganas. (IH)

No comments:

Post a Comment